Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE Biznes Bakeri SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, January 18, 2016

Download movie

Oh boleh download rupanya movie film di pawagam, baru tahu, hehe, masalahnya disini, baru lagi di pawagam tapi dah ada link download. wah best..kalau korang nak follow up tengok cerita kegemaran korang boleh download di sini. Biasanya aku download guna jdownloaders ataupun melalui youtube sahaja...ambil yang full HD.

Wah menarik...tapi kan, feel dia tak sama, baik tengok wayang dulu, hehe, bila tengok wayang suasana, feel jalan cerita lebih baik..apa apa pun, support lah filem filem kita, tanpa kita tiada income mereka. Banyak banyak cerita yang aku tengok di wayang, cerita james bond, the martians dan the 33 paling best! hehe

Begitulah cara cara nak dowload movie.. 

Friday, January 15, 2016

Berkutulah lah kita

Hidup ni perlu berkutu untuk kesinambungan hidup, hehe maksudnya kena main kutu baik bersama keluarga, rakan sekerja, dan rakan rakan. Kadang kadang kita tidak tahu yang musibah akan tiba, dan di saat kita memerlukan duit yang banyak, dah ada sedikit simpanan, kena sentiasa bersedia..

Apa pandangan korang semua? asalkan tiada unsur unsur riba sudahlah..apa yang penting kepercayaan kita terhadap ahli ahli kutu dan duit yang di perolehi itu HALAL.

Apa hadiah yang sesuai eh bagi anak perempuan yang berumur 4 tahun? puteri bongsu aku punya hari jadi bulan januari ni...cukuplah melihat kamu tersenyum bahagia nak...love your smile!

Thursday, January 14, 2016

Bawa bertenang

Apa la nak jadi dengan dunia sekarang, makin pelik, ada page merepek entah apa nama dia meran, meran...aku tak layan sangat, sebab banyak lawak lawak entah apa apa , tapi ramai fans lak tu, dia ada keluarkan kenyataan pasal selfie wanita yang menyusu bayi, bagi aku takde apa apa kot yang cacat celanya pada gambar tu, aku rasa wanita tu fikir 7-8 kali kot, sebelum dia post gambar dia..

Yang page page setengah masak macam meran, nak memaki hamun, nak menyindir kenapa? aku rasa baik dia maki hamun orang yang meletakkan gambar makanan sedap sedap di media sosial?

Kadang kadang terfikir ke kita, yang ada si miskin nak makan nasi pun susah, jangan lah menguriskan hati serta memainkan perasaan mereka dengan meletakkan gambar gambar makanan mahal mahal, Zalim dengan tuhan,tuhan boleh maafkan, zalim dengan manusia? fikir fikirkanlah..

Tiada apa yang menjolok mata bagi aku wanita yang menyusu tu, biarlah dia nak menunjuk...ada kesan negatif mungkin disitu..yang meran nak marah kenapa? Mungkin niat wanita tersebut, nak menunjuk nunjuk yang dia sedang menyusukan anak dan mahu perhatian...

Susah nak betul kan orang yang obses dengan media sosial, sanggup buat apa sahaja..

Wednesday, January 13, 2016

Mohon selari dengan apa yang dicakapkan

Menteri kata rakyat kena buat dua kerja untuk menampung kos sara hidup yang makin tinggi, yelah betul la tu, kalau bukan kita siapa lagi nak tolong diri kita kan? Masa kita susah, nak harap kawan bantu pun payah, bila kita senang, berduyun duyun kawan cari, itu perkara biasa.

Tapi bila di peringkat agensi, syarikat, kalau bizness jual jambu, jual kerepek, jual produk dekat facebook, boleh di kenakan tindakan tatatertib, yelah, asalkan kerja hakiki jaga ok la tu kan..mohon kerajaan keluarkan kenyataan yang pekerja boleh menjalankan perniagaan asalkan tak menjejaskan pekerjaan hakiki.

Apa salahnya tambah pendapatan, bukannya beratus ratus ribu pun hasil yang masuk, cuma beratus ratus ringgit itu pun belum tentu. Janganlah mengugut, menyekat, menyemak apa pekerjaan luar seseorang itu, cukuplah apa yang di mahukan di tempat kerja selesai dan well done!

Monday, January 11, 2016

Vape on

Aku pun tak faham macam mana kerajaan menilai vape ni, dari sudut mana yang negatif? Kalau ikutkan pemahaman aku sebagai perokok tegar, vape adalah kaedah alternatif terbaik bagi mengurangkan ketagihan merokok, dan alhamdulillah, sekotak rokok (20 batang) aku boleh mengawal selama seminggu, berbanding sebelum kedatangan vape iaitu satu hari 2 kotak rokok (40 batang).

Tapi apa nak di katakan, telah di fatwakan haram oleh majlis agama dan pihak berkuasa, pandangan aku, kegiatan vape ini bagus, yang tak bagus adalah individu yang menyalahgunakan vape seperti memasukkan dadah dan tidak menghormati orang di sekeliling mereka.

Niat aku dalam vape ni, hanyalah untuk mengawal perbelanjaan harian dan nak mengurangkan merokok, itu pada mulanya, apa apa pun pusing sana, pusing sini , terpaksa lah menerima kenyataan di haramkan, rokok yang tengelam timbul haram - makruh, pun orang ramai masih hisap..

Tak dapat bayang kan, macam mana orang boleh kawal kalau rokok di hentikan penjualan....saaaangap! hehe bila berbuka puasa, benda pertama yang di cari adalah ROKOK...haha.

Permulaan yang baik

Aku mengharapkan permulaan yang baik pada tahun 2016, setiap manusia mempunyai azam dan semangat yang baru bila menjelang tahun yang baru, begitu juga aku, aku cuma mengharapkan di tahun baru 2016 ini, akan menjadi lebih baik dari tahun tahun yang sebelum ini.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit rezeki tiba, begitu juga dengan pengajian aku, yuran pengajian pun telah di lunaskan walaupun terlewat dari tarikh yang di tetapkan, dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, kehidupan menjadi semakin mencabar, teknologi menjadi semakin pesat, updated, dan semakin kompetitif, dan begitu juga lah kita, adakah 'versi kita semakin update'? 

Aku tidak suka kepada kegagalan, dan aku pasti akan usaha dan terus usaha untuk mencapai cita cita aku, ya memang benar, ada pepatah yang mengatakan, untuk berjaya kena menempuh banyak kegagalan terlebih dahulu, dan melalui kegagalan juga akan mematangkan diri kita.

Hentikan dari menunding jari ke arah orang lain, sebaliknya perbetulkan diri sendiri, adalah lebih baik dari mencari buruk orang. SOMETIMES THOSE WHO DON'T SOCIALIZE MUCH AREN'T ACTUALLY ANTI SOCIAL, THEY JUST HAVE NO TOLERANCE FOR DRAMA AND FAKE PEOPLE.

Friday, January 08, 2016

Tidak berjaya

Seperti yang di duga, permohonan aku untuk iklan google adsense tidak berjaya, tak apalah, yang penting cuba, dan teringat kata kata hikmah pagi tadi ketika menuju ke tempat kerja iaitu, orang yang putus asa adalah seperti mati sebelum tiba matinya (lebih kurang begitulah).
Ayat ayat cinta dari google berbunyi seperti "As mentioned in our welcome email, we conduct a second review of your AdSense application once AdSense code is placed on your site(s). As a result of this review, we have disapproved your account for the following violation(s):".
 
Tapi kira ok la tu, sekurang kurangnya lepas lah juga fasa 1 yang mana dapat enable google adsense, masa dulu, nak add google adsense pun tak boleh, tahniah pada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya seperti aku, teruskan usaha dan keep it up! hehe

Saturday, January 02, 2016

Berminat?

Sempena tahun baru ini, aku bercadang nak memberi sedikit rezeki yang aku perolehi sikit buat korang semua, ala kira macam bersedekah la kan? dan ini juga sebagai tanda aku menghargai korang semua.

So, dipendekkan cerita, aku nak adakan giveaway untuk bloggers part 2, sebelum ini di part 1 (boleh klik sekali untuk melihat), ramai yang menyertai, kali ini hadiah lebih menarik dari sebelum, cuma aku mungkin tidak keseorangan, maksudnya, ada sesiapa tak nak join dengan penganjur dan jadi sponsor?

Kalau ada sesiapa yang berminat nak menyertai menjadi pihak sponsor, bolehlah email saya di safirulamar@gmail.com ,  korang boleh tulis nama blog korang dan apa hadiah yang nak di beri. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, pertengahan bulan januari 2016, program ini akan berlangsung.

Hadiah? ermm seperti biasa wang tunai, produk produk lokal tempatan keluaran anak tempatan dan ? hehe

Siapalah aku

Selamat tahun baru 2016 kepada anda semua, terima kasih kerana sudi membaca blog aku, dan aku sangat menghargainya, tanpa anda semua siapalah aku. Bila tahun baru tiba, bermaksud harapan, azam baru atau sebagainya, dan bagi aku, sudah semestinya yang selalu bermain di fikiran korang semua termasuk aku, ialah Harapan dan Azam! 

Tahun baru 2016 ini, aku berazam, hendak menjadi lebih baik, sentiasa bertolenrasi, dan bekerja bersunguh-sungguh. Itu azam baru aku, dan harapan aku, hendak menjadi yang terbaik dari setiap sudut kehidupan dan sentiasa cemerlang.

Dalam islam, istilah tahun baru 1 Januari tidak wujud, kita menyambut tahun baru pada 1 muharam. Apa apa pun, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan korang semua, sentiasa dimurahkan rezeki dan di kurniakan kesihatan yang sihat dan sentiasa ingat tuhan.