Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Wednesday, February 10, 2016

Lindungi maklumat anda dari di cerobohi

Berhati hati ketika mengakses maklumat penting melalui browser (pelayar web) seperti Mozilla firefox, kadang kadang kita mungkin cuai, di mana tidak 'membuang' semua data contohnya seperti clear cache, saved logins, jika ada popup windows yang meminta kita supaya remember password? seeloknya tekanlah kepada tidak.

Tahukah anda, setiap apa yang kita akses terutamanya facebook, jika kita  menekan butang remember (lihat gambar 1 di bawah), segala maklumat seperti username dan password akan di dedahkan. Ya, betul, dengan adanya fungsi remember password, akan memudahkan kita, dimana kita tidak perlu menaip semula password akaun kita, tapi sedarkah yang sebenarnya, KITA lah yang membenarkan orang lain untuk mengakses akaun kita tanpa di sedari!

Hal ini menjadi serius bila anda mengunapakai walaupun sementara peralatan komputer orang lain, khususnya di cybercafe atau komputer rakan rakan. Yelah rambut sama hitam, hati orang mana kita boleh baca kan? Kalau orang nak dengki...



Lindungi maklumat anda dari di cerobohi
Gambar 1

 Cara untuk melihat atau removed segala maklumat yang telah kita telah akses ialah ;

1) Di Mozilla Firefox,  pergi ke menu Tools --> Options. 
2) Pergi ke Security --> Saved Logins, paparan seperti Gambar 2 akan di paparkan

Lindungi maklumat anda dari di cerobohi
Gambar 2


 3) Jika saya menekan butang Show Passwords, password anda akan di paparkan.



Jika anda mahu membuang segala maklumat username dan kata laluan, anda bolehlah tekan butang remove atau remove all.

Berhati hati ketika melayari maklumat anda..sedikit kesilapan, anda akan menyesal tak sudah. Lindungi maklumat anda dari di cerobohi oleh orang orang yang tidak bertanggungjawab.

4 comments:

  1. Perkongsian yang berguna dan sangat membantu :). Thanks bro

    ReplyDelete
  2. Nasihat yg baik..pernah nampak Fb orang dalam keadaan terdedah ni lah remember

    ReplyDelete
  3. Tak berani nak guna paaword..takut lupa. Singgah mengintai kawan lama

    ReplyDelete
  4. penah kena sekali.kat lab computer fakulti.tetiba ada org post status kat FB milik aku.eh? fb dicerobohi?

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.