Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, March 29, 2016

Apa Pula Kata Mereka Mengenai Kita

Aku sudah penat menjaga hati orang, sedangkan orang sekeliling tidak pernah menjaga hati aku, tidak salah ingin berjenaka, tapi lihat lah suasana sekeliling terlebih dahulu, ya, muka aku memang sentiasa tersenyum setiap hari, walaupun hati ini tak berapa nak tenteram, siapa yang tahu? hanya Tuhan dan aku sahaja yang tahu. Begitu juga korang kan, hidup ini seperti roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Jangan lah herdik seseorang depan orang ramai, jagalah aibnya

Jika tidak mampu membuatkan orang itu tersenyum, janganlah pula menyakitkan hati nya pula, hidup ini perlu ada batas atau limitasi sebagai contoh, tidak perlu lah membawa hubungan luar bidang kerja ke dalam persekitaran kerja yang sebenar. Kita perlu ada batas batas atau limitation. Stop it and enough! Jagalah air muka rakan rakan kita, apa pula kata orang sekeliling bila kita di cemuh di depan mereka, walaupun dalam nada bergurau senda sekalipun. Cakap lah perkataan yang elok elok, dan mulakan yang baik baik. Tidak salah nak bergurau, tapi biarlah kena pada tempatnya..


Hal hal di luar bidang dan waktu kerja its ok nevermind, nak cakap apa..cakaplah! tapi bila depan bos/orang atasan atau dalam meeting pun orang orang tak faham bahasa ni nak memangil gelaran yang tidak sepatutnya (dah macam dekat kedai kopi tepi jalan lak), itu tidak patutlah, belajar menghormati dan lihat suasana sekeliling , berpada pada dan bersikap profesional!

Bila tak berkawan dengan orang bawahan, di katanya kita sombong, bila dah berkawan (luar waktu bekerja), semakin menjadi jadi dan langsung hilang rasa hormat ketika di waktu bekerja. 

1 comment:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.