Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Wednesday, March 30, 2016

Cara Memperbaharui Pendaftaran Syarikat

Ermm sekejap je kan masa berlalu, rasanya baru lepas memperbaharui pendaftaran syarikat di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), tahun ni dah kena perbaharui (renew) lagi, renew satu (1) tahun je, seperti biasa kena denda lah! haha.. kali ini terlewat tiga (3) bulan, SSM syarikat aku dah tamat pada januari 2016, itu pun tersedar bila nak apply kerja (job) di agensi member.

Ok lah, untuk makluman korang, kalau korang terlewat untuk memperbaharui pendaftaran syarikat (SSM) amaun denda bagi terlewat sebulan, akan di kenakan sebanyak RM 20.00 , dan bagi bulan kedua hingga bulan seterusnya ialah RM 10.00 (Setiap bulan)

Masih lagi ayat yang sama (lebih kurang) dari pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ayat sama seperti masa nak memperbaharui pendaftaran syarikat pada tahun lepas [artikel sebelum], tiada pemberitahuan atau notis pasal nak kena memperbaharui pendaftaran syarikat, sendiri kena ingat! haha


Korang jangan tunggu dah setahun (1) atau sepuluh (10) tahun  baru lah nak memperbaharui pendaftaran syarikat korang! Banyak nye perkataan memperbaharui ye...haha, SERP SEO katanya.

Jumlah yang kena di bayar untuk memperbaharui pendaftaran syarikat selama setahun ialah sebanyak RM 60, kalau dua tahun sebanyak RM 120, campur dengan denda bulan pertama RM 20 + bulan kedua dan ketiga sebanyak RM 20, jumlah kesemuanya termasuk denda ialah RM 100!  Apa apapun, selamat memulakan perniagaan...

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi