Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Tuesday, March 29, 2016

Dah Takde Orang Nak Kawan

Semakin parah duduk dekat Malaysia, apa taknya, rakyatnya ramai yang pemikiran tipikal dunia kelas ketiga. Macam dah takde benda lain nak di cakapkan dan di fikirkan, langsung tak berkembang pemikiran dan semakin sempit.

Sebagai contoh, kalau online masa waktu bekerja, ada suara suara bercakap yang kita tengah takde kerja atau tengah chat bual bual kosong, padahal kita sedang online dan teks seseorang pasal hal berkaitan kerja.

Pada suatu hari, aku buat keputusan nak minum pagi seorang diri dan tak mahu di ganggu sesiapa, aku fikir, lepas makan terus bayar dan gerak, malas minum ramai ramai, buat sakit otak je, yelah kadang kadang mereka tak faham situasi yang sedang kita hadapi, dan bergurau tak kena pada masa dan tempatnya..


Ada pula orang tegur..."Hai..minum sorang sorang ke? dah takde orang nak kawan ke, kesian kau", aku tercenggang...dan hanya mampu tersenyum sambil dalam hati berkata "bukan aku takde kawan, kalau nak minum sampai dua (2) meja penuh pun boleh!bukan susah pun, whats app je, tapi malas nak ajak", aku cuma nak berehat dan tenangkan fikiran aku, itu sahaja. Banyak benda yang aku nak fikirkan.

Peliklah..kenapa sampai nak menuduh yang bukan bukan, Aku selesa bersendiri, begitu juga korang kan? orang tak faham situasi yang kita hadapi, bergurau tak kena tempat dan masa, hanya mampu gelak dan kelakar dengan orang pemikiran tipikal dunia kelas ketiga.

3 comments:

  1. kita sama..saya lebih banyak masa menyendiri..sebabnya ada manusia macam tu lah. ada je yang tak kena. so, daripada tension melayan orang macam tu, gerak solo jelah. biaq p la depa nak kata apa..hehehe

    ReplyDelete
  2. same goes to me...kesian ngan orang yang terlalu bergantung kat orang lain everytime and everywhere..lepas tu ada masa nak judge apa yang orang lain buat..

    ReplyDelete
  3. em..kekadang kita kena amalkan sikap 'lantak kau lah..' tapi bila ditegur macam tu lebih baik kita balas dgn senyuman. Tapi,siapa ja mampu senyum bila diperli-perli. Panas hati. Tapi...tapi.. kalau kita tak fikirkan sangat pasal perlian orang lain (*fikir positif ja la,mungkin dia saja nak menegur kita etc) insyaaAllah,hati tak rasa sangat .

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.