Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Wednesday, March 16, 2016

Dapat Daftar Modul

Alhamdulillah, semester kali ini dapat mendaftar modul untuk semester depan, semester sebelum ini memang selalu terlepas pandang tarikh nak daftar, apa taknya, semua hebahan secara online, study sambil bekerja ni memang mencabar, yelah kan tiada kelas (separuh masa) dan lepas tu tiada tunjuk ajar, tiada siapa yang bimbing, semuanya serba serbi online! pandai pandai lah nak hidup, kalau nak tahu, kena usaha dan sentiasa bertanya..

Kalau terlepas daftar modul untuk semester depan, akibatnya ialah tidak akan dapat modul subjek dan jika mahu mendapatkan modul juga, korang kena buat surat tunjuk sebab, rayuan dan kena bayar satu modul RM 30! Wah....

Sekarang ini, dah bagus! dah ada reminder melalui SMS, baguslah tu, agaknya dah ramai yang complaint. Pandangan aku la, institusi pembelajaran baik di IPTA dan IPTS sepatutnya kena lah bertimbang rasa dengan pelajar, kalau terlepas pra pendaftaran tu, beri peluang kedua, maksudnya tarikh kedua bagi pendaftaran! bukan senang kerja sambil belajar ini (bagi yang part time), banyak benda nak kena fikir, apa tak nya! assignment, study exam dan di tambah lagi dengan hal pejabat lagi..aduhai, seksa! Tapi sabar lah...orang putih kata No Pain, No Gain..ok !Akhirnya dapat daftar modul..haha

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi