Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Thursday, March 03, 2016

Latihan pembangunan Blog

Pada 21 Februari 2016, aku telah di panggil oleh badan parti politik untuk memberi taklimat dan latihan mengenai blog dan pemasaran internet, dengan harapan untuk membantu usahawan usahawan melayu menaiktaraf ekonomi mereka. wah...misi nya menarik dan aku suka.

Kata penganjur program lagi, program ini akan berterusan dan ada kesinambungan program sehinggalah usahawan usahawan yang menyertai berjaya..wah! lagi aku speechless! Program program percuma ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka, setiap dun, cawangan dan daerah hanya perlu menyediakan lokasi dan peralatan logistik seperti meja dan kerusi.

Program setengah hari ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari. kau fikirlah sendiri, nak setup email, nak training SEO blog, nak ajar Nuffnang lagi..nak adjust template blog, coding..kau fikir sempat atau tidak setengah hari je...dan di tambah lagi ...kata kata ucapan dari 3 orang Yang berhormat..ambil purata setiap orang berucap selama 2 jam! dengan hal politik lagi, kisahnya lagi..kata kata dorongan lagi...


Kalau buat program ikhlas untuk membantu..biarlah betul betul...janganlah seperti melepaskan batuk di tangga, dan mengejar nama sahaja..biarlah sesuatu program atau aktiviti itu mendatangkan IMPAK yang berkesan, seterusnya akan dikenang sepanjang masa! 

Aku yang mengajar ni pun naik stress disebabkan tiada masa yang cukup, bila pemasaran sesuatu produk melalui internet dengan menggunakan platform seperti blog, secara tidak langsung akan menyentuh mengenai Search Engine Optimazation (SEO), niat aku mahu membantu...dan seronok membantu mereka mereka yang bersungguh sungguh dalam membangunkan perniagaan mereka, Ini lah langkah asas bagi pemasaran internet.. 

Tapi alangkah malangnya....tiada masa yang mencukupi! 

4 comments:

  1. wah best ni..nak join boleh? sy ada kat alor gajah..nak belajar SEO..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) SEO poweeeeerrr...hehe. Awak tak pyahhh la..dah power dahhh..klau degil gakk..daftar di www.emelaka.gov.my

      Delete
  2. orang cakap, jangan pernah rasa penuh dengan ilmu, teruslah belajar dan belajar..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good...very good..let we share knowledge..

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi