Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE healthydrink BELI DAN DAPAT DISKAUN

Monday, March 14, 2016

London Has Fallen

Walaupun keadaan ekonomi tidak stabil, kemiskinan dan pengangguran meningkat, rakyat amerika begitu menyayangi perdana menteri mereka yang di gelar Mr. President, ini bukan soal atau bukan tentang parti mana yang Mr. President mewakili, ini soal maruah negara dan segala galanya yang di lakukan, mereka bangga dengan negara mereka, walau apa jadipun, menghormati pemimpin adalah keutamaaan mereka, dan sebenarnya nilai etika dan moral yang tinggi dan telah di terapkan nilai itu pada rakyat mereka walaupun mereka tiada kepercayaan dari sudut agama yang khusus atau sebagainya. Namun begitu, nilai etika dan moral mereka terlalu tinggi.

Mereka sanggup pertahankan pemimpin, menjaga maruah negara mereka walau apa jadi sekalipun yang terjadi, dan musuh sentiasa mahu mencari peluang menjatuhkan atau menembusi benteng pertahanan. Begitu patriotiknya mereka di dalam cerita London Has Fallen..memang terbaik cerita ini, begitu lah cerita orang putih, berat sebelah, mereka je yang betul, sedangkan siapa yang memulakan perang dulu? Orang putih yang tidak sedar diri!


Banyak pengajaran yang boleh di perolehi dari cerita ini, tidakkah anda sayang kepada pemimpin anda? Walau apa pun yang terjadi, janganlah sampai mengadaikan maruah negara, menjaja cerita yang tidak berapa sahih ke pengetahuan pihak luar yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang, jaga aib dan maruah negara kita, jangan sampai tergadai seperti negara negara Arab yang lain.

Tidak semua yang terlintas di kepala kita itu benar, dan tidak semua apa yang kita dengar itu betul. Apa apa pun , cerita London has fallen memang terbaik dan strategik, ada unsur unsur rambo disitu. haha

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi