Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Wednesday, March 16, 2016

Mungkin Ada Sebab Sebab Yang Tertentu

Bila seseorang mendapat sesuatu pengiktirafan seperti anugerah perkhidmatan cemerlang di tempat kerja pasti akan ada suara suara sumbang yang mengkritik kenapa dia yang perlu dapat? kenapa tidak aku? kenapa tidak si A? Ini Perkara biasa yang akan berlaku, kadang kadang orang yang baru kerja tidak sampai setahun, dah dapat macam macam anugerah, sedangkan ada kakitangan yang bertahun tahun kerja membanting tulang, malangnya tidak dapat sebarang pun anugerah, terjadi di mana mana organisasi. Mungkin ada sebab sebab yang tertentu membuatkan kita tidak layak untuk menerima anugerah.

Kenapa perkara seperti ini terjadi? inilah kelemahan di peringkat kerajaan (maaf cakap), kadang kadang siapa yang terlalu menunjuk bagus, setiasa kemaskini status di media sosial mengenai hal kerja dengan status seperti "masih bertugas", dan hal melibatkan kerja, pandai bercakap walaupun action / Output  kosong, pandai mengambil hati orang atasan maka dialah yang akan mendapat pengiktirafan dan di terjemahan kan melalui markah yang tinggi pada SKT (Sasaran Kerja Tahunan).


Siapa yang menanda Sasaran Kerja Tahunan ini? Sudah tentu orang orang atasan (Bos) lah! Hey Bos cuba lah lihat, buka mata seluas luasnya, lihat di belakang tabir, masih ramai yang bagus dan layak, bekerja tanpa perlu menghebohkan di media sosial dan orang yang tidak membuat apa apa pula yang mendapat kredit serta pujian melimpah ruah sedangkan dari hasil usaha orang lain, apa apa pun aku simpati dengan orang orang tidak dipandang dan tidak disanjung ini.

Tidak  mengapalah, biarlah orang (bos) tidak nampak atau buat buat tak nampak dengan hasil kerja kita,dan apa yang kita telah lakukan kepada organisasi, Tuhan nampak! dan kita masih ada Tuhan yang sentiasa melihat apa yang kita buat setiap hari kan? percayalah buat baik pasti di balas baik suatu hari nanti, Tuhan itu maha adil kepada setiap umatnya, cuma cepat atau lambat sahaja

Jangan sampai hal remeh temeh macam ini menjejaskan kerja dan prestasi kita, teruskan bekerja lebih baik dari sebelum.Sudah rezeki mereka..bersabarlah.

2 comments:

  1. setuju.. nowdays memang mcm tu.. yang rajin ditindas.. yang bekerja kuat disalahertikan... yang kalut yang xtahu wat apa2 kelam kabut takut orang lain lebeh dr dia.. patutnya dia lebeh berusaha atau jd pesaing yang sengit..

    ReplyDelete
  2. apa nak buat..zaman sekarang ni =(

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.