Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE healthydrink BELI DAN DAPAT DISKAUN

Monday, March 07, 2016

Semakin bersemangat menyiapkan tugasan

Semalam menghadiri bengkel sehari rujukan ilmiah, yang mana di perkenalkan dengan satu software yang bagi aku sangat bagus dan memudahkan aku menyiapkan assignment. Banyak ilmu yang dapat aku pelajari selama sehari. Memang berpatutan dengan harga bayaran dikenakan...

Kan bagus diperkenalkan dari awal lagi..maksud aku di semester 1 lagi..dah nak tiba penghujung penghujung ni, barulah dapat tahu, antara perisian yang dapat memudahkan tugasan (Assignment) anda adalah seperti Microsoft word, Nitro PDF, Mendeley.

Tak rugi kalau kita invest (pelaburan) bagi mendapatkan ilmu, kena dapat melalui pelbagai sumber untuk mencari ilmu, jangan bergantung kepada internet google sahaja. Bukan tidak bagus maklumat di internet, bagus, cuma biasalah kan, tiada penapisan maklumat, hanya semudah di hujung jari..semuanya terpulang kepada kita.


Dari semester 1 dan sekarang dah semester 7, semua maklumat assignment 85% dari internet iaitu di google..tapi dengan ada software baru ini, harap harap dapat memudahkan dalam proses pengumpulan bahan, citation, merging dan sebagainya..lebih akademik dan sistematik.
Nah...deadline lagi 1 minggu..assignment pun tak siap lagi, sebab takde mood, tapi sekarang Semakin bersemangat menyiapkan tugasan, tengah kumpul bahan bahan dari internet ni..haha

Buka library online, pun tak jumpa artikel...sabar jelah.

2 comments:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi