Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, March 07, 2016

Tahniah dan syabas kepada pemenang

Buat pertama kalinya, aku lihat rancangan hiburan sampai habis, sebab nak lihat siapa yang menang, maklumlah, kali ini mentor mentor yang semua muda muda belaka, tuh yang excited nak melihat, dan dalam masa nak menunggu siapa yang menang, banyak la pula commercial break, iklan dari penaja la, yelah, orang dah sponsor kena lah sabar dengan karenah penaja.

Untung siapa yang menang, dapat 100K, kalau terbukti memang berbakat akan ke depan dan konsisten di arus dunia mainstream, tidak semua artis terutamanya yang lahir dalam rancangan realiti yang move on, segelintir sahaja.

Antara yang berjaya dan sungguh aku kagum dengan nyanyiannya ialah Faizal tahir. Apa apa pun tahniah dan syabas kepada pemenang. Sudah tertulis dan takdir menentukan anda adalah pemenang. Aku taknak komen apa apa mengenai mutu nyanyian, sebab aku punya bidang ialah IT bukan dari Mass Comm ataupun seni nyanyian..so biarlah orang yang sepatutnya yang menilai, mereka lebih layak.. 

Tahniah dan syabas kepada pemenang mentor milenia!

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.