Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, March 08, 2016

Untuk apa sebenarnya

Kebahagiaan bersama pasangan tidak perlu di hebohkan di sosial media, cukuplah sekadar anda, anak anak dan pasangan anda sahaja yang tahu ceritanya, sekarang ini, dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa baik, orang ramai (segelintir) sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka melihat anda terseksa dan menderita.

Contoh nya,  dengan melalui gambar yang di tayangkan oleh pasangan tersebut, aku (sebagai haters) hanya perlu print screen (screenshot) ataupun right-click pada gambar tersebut, dan proses menyihir di lakukan! cuba korang bayangkan dengan semudah itu sahaja, kejahatan seperti ini dilakukan? Syaitan memang suka memisahkan setiap anak anak adam, terutamanya pasangan yang telah berkahwin.

Rambut sama hitam, hati lain lain, siapa yang tahu? Ada rakan rakan FB aku yang menayangkan kebahagiaan mereka bersama pasangan, dengan status post ayat ayat yang manja, bagi  aku okay la kot, walaupun post itu sesuai ditujukan untuk suami atau isterinya sahaja, dan yang komen pula, hanya pasangan tersebut sahaja! tidakkah begitu jelik dan untuk apa? untuk apa sebenarnya?


Aku sekadar menasihati, tidak ada langsung perasaan iri hati, dengki, khianat, tapi cuma nak termuntah sahaja. Ikhlas kah kita sebagai seorang isteri, post di facebook yang berbunyi "Ini sahaja lah yang sempat di masak oleh aku, hanya tunggu en hubby pulang ke rumah, baliklah cepat sayang, ayang rinduuu", dengan hidangan yang boleh 'melukakan hati/menguriskan hati' sesiapa yang melihat terutamanya yang sedang kesempitan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bagi itu tandanya anda menzalimi rakan rakan anda! wajarkah ? Kenapa perlu memberitahu apa yang dimasak? sedangkan hidangan itu hanya di sediakan untuk pasangannya sahaja?

Ada satu kes, dimana seorang rakan yang macam nak menggila sebabnya ada akaun palsu facebook di buat khas untuk melakukan penipuan, dan penyamaran ini meletakkan gambar pasangan tersebut, dan perkara ini di sedari bila orang ramai memandang serong dan marah pada dia, dan setelah di selidiki baru lah dia tahu kenapa orang begitu membenci nya, rupa rupanya gambar dia dan pasangan telah di gunakan untuk tujuan penipuan.

Zaman sekarang apa sahaja hendak di beritahu di media sosial, tiada langsung privasi..berhati hatilah, kadang kadang yang melihat itu sedang berduka, membenci, iri hati dengan anda..Kenal pasti rakan rakan anda di media sosial, jangan seronok hendak mengejar kuantiti semata mata tanpa perlu mengira soal keselamatan di jangka masa panjang. Biar rakan sedikit asalkan selamat dari fitnah orang..

1 comment:

  1. depa nk tnjk kebahagian, kemewahan depa kdg2..nak wt cmne depa je bahagia kan? hehe..

    tulah kita bukannya iri hati cuma rsa semak, asyik2 nama depa je yg naik kat wall kite haha...

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.