Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, April 25, 2016

Anak Anak Keladi Yang Comel

Selesai sudah program pembelajaran komputer celik ICT di Kompleks Japerun Serkam Jasin Melaka, course (pembelajaran) kali ini, peserta telah diberikan pendedahan membuat rekabentuk banner, bunting dan sedikit info asas tools menggunakan adobe illustrator CS 6.

Peserta yang hadir tidak berapa ramai dan masa yang di berikan untuk slot aku pun tidak panjang, hanya 2 jam sahaja, sebabnya faham faham jela, dengan ucapan yb, ucapan perasamian ketua pengerusi program dan ucapan tetamu khas lagi!  siapa tetamu khas (lihat Gambar 2 dibawah) ? Tetamu khas itu di import dari kelantan, katanya owner produk Dnars Skin Care, dan slot pembelajaran komputer aku, adalah slot yang terakhir sekali. Tetamu khas ini akan memberi suntikan semangat kepada semua peserta dan memberikan idea bagaimana mahu memulakan perniagaan.

Tapi sebelum itu, aku juga di minta untuk mengajar perisian adobe illustrator di Sekolah Datuk Palembang, pembelajaran pada hari tersebut, aku ajar macamana nak buat bintang, shape, clipping mask dan lain lain yang mana asas. Peserta program terdiri daripada anak anak keladi dari tingkatan 3,4 dan tingkatan 5. Dulu masa aku bersekolah, pelajar tingkatan 4 dan 5 dah macam bapa orang, tapi sekarang? halus betul..hehe.

Saturday, April 23, 2016

Food Not Bombs

Dulu masa muda mudi sweet 20 an, pernah join underground band, dan dalam masa yang sama pergerakan kami di samping bermain gigs (konsert underground) kami juga melakukan aktiviti food not bombs. Apa itu food not bombs? 

Aku pun tak pasti asal usul food not bombs ni dari mana, apa yang aku tahu, aktiviti food not bombs yang pernah aku lakukan suatu masa dahulu adalah menyediakan, menghulurkan / memberikan makanan kepada orang fakir, ibu tunggal, orang tidak berkemampuan dan gelandangan di kawasan sekeliling. Kami membuat kutipan duit dan membeli barang barang seperti mee goreng, bihun, beras, sayur, garam, polistren bungkus makanan, gula dan lain lain, selepas itu kami masak di jalanan, selepas siap, kami bungkuskan dan beri kepada golongan yang memerlukan seperti yang aku nyatakan di atas.
Niat kami ikhlas dan kami beranggapan semua orang berhak untuk merasai kehidupan yang lebih sempurna dan untuk menamatkan kebuluran secara generalnya. Politik hanya berat sebelah dan orang orang tertentu yang mendapat kebaikan dari politik dan kami menentang sehabis habisnya kerana terdapat diskriminasi.


Friday, April 22, 2016

Saling Bergantung Antara Satu Sama Lain

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa rupanya bila malam pun berpeluh, tetap terasa bahangnya, nak mandi pun air panas, semuanya panas, hati pun panas, serba serbi buat apa pun tak jadi. Perubahan iklim suhu ini di panggil climate change di mana kejadian ini di sebabkan kegiatan aktiviti manusia dan akan menjadi lebih serius bila kesan perubahan suhu (climate change) ini membawa kepada kemarau berpanjangan dan banjir.

Kehidupan di bumi ini saling bergantung antara satu sama lain, tumbuh tumbuhan, haiwan dan manusia berkongsi alam untuk meneruskan kehidupan yang singkat ini.

Jalan yang terbaik, kurangkan aktiviti yang membabitkan penggunaan tenaga seperti elektrik, amalkan teknologi yang berasaskan green tech, elakkan dari melakukan kerosakan alam yang melampau.

Bila panas panas begini, semua mahkluk mencari tempat teduhan dan tidak selesa. Hantu di melaka pun dah mula muncul menganggu, begitu juga dengan haiwan lain seperti reptilia berbisa. Berhati hati lah dan segala galanya bermula dari sikap manusia itu sendiri yang mana kerosakan alam itu berpunca dari manusia itu sendiri.

Pihak Kerajaan harus memikirkan alternatif kaedah yang terbaik bagi mengatasi perkara serius ini yang mana boleh memberi kesan yang bahaya kepada rakyat.

Tuesday, April 19, 2016

Kalau Tak Tahu Bertanya

Kalau tak tahu bertanya, jangan nak memandai mandai, di dunia ini, ramai orang yang berlagak macam pandai, tapi pada hakikatnya macam tin kosong, bising bila di ketuk, di dalamnya kosong, jadi lah seperti padi, semakin berisi semakin tunduk.

Kita sebagai manusia, tidak pernah sempurna, dan sentiasa melakukan kesilapan, sentiasa lupa, dan segala galanya tidak 'kekal', masing masing ada kelebihan yang tersendiri, setiap manusia tidak pula bodoh, tidak pula pandai, setiap dari kita tuhan ciptakan adil dan dengan kelebihan tersendiri, cuma kita samada sedar atau tidak dengan bakat yang dikurniakan tuhan.

Jangan lah merendah rendah kan diri kita kerana kekurangan dan kelemahan sendiri, setiap kebaikan sebelum yang kita lakukan, akan di balas dengan kebaikan, sentiasa lah bertanya dan tidak perlu malu dengan cakap cakap orang di sekeliling kita, pedulikan kata kata negatif, biarlah nak cakap apa sekalipun.
Tiada yang sempurna sifatnya begitu juga aku, kau, dia dan sesiapa pun yang bergelar manusia, yang maha mengetahui adalah Allah SWT.

Monday, April 18, 2016

Cuba Lah Kreatif Sikit

Makin di layan, makin menjadi jadi, menghadap slide powerpoint 2 hari, ada sahaja yang nak di betulkan, teks kejap nak besar lah, nak kecik kan lah, gambar tak sesuai lah, eh eh, kenapa nak susah kan hal yang remeh temeh? buat lah cantik, terbang sana terbang sini, sound effect berdentam dentum, tapi content ke laut pun tak guna.

Permudahkan dan cuba fokus pada hal yang mustahak, seperti cara penyampaian, cara berkomunikasi dengan berkesan dan sebagainya, bukannya berhari hari menghadap komputer semata mata nak betul kan design (grafik), masukkan teks, audio dan sebagainya.

Mat salih kalau present, design slide simple je, teks pun sikit, selebihnya orang yang nak present (speaker) tu lah yang cakap, baru lah orang tak mengantuk/lelap, tapi orang kita kalau boleh satu buku nak masuk dalam slide, lepas tu pening dan marah, kenapa orang tak fokus apa yang cuba nak di sampaikan dan mengantuk.

Lepas tu cakap kat depan ikut apa yang di tulis di slide. Cuba lah kreatif sikit, Berjela jela, baik orang balik tidur dari tengok slide yang kau buat.

Sunday, April 17, 2016

Setelah Sekian Lama

Setelah sekian lama tiada satu pun CPUV Nuffnang yang masuk, akhirnya berdedai dedai kunjung tiba, alhamdulillah terima kasih nuffnang, terasa makin sayang pula dekat nuffnang, macam tahu tahu je aku nak cari penganti yang baru. haha

Status masih on-going dan di harapkan bertambah banyak yang masuk dan duduk lah lama lama sikit, buat macam blog sendiri. Nak kata blog aku ni sentiasa update tu takdelah kerap sangat, cuma mungkin SEO yang membuatkan blog ini sentiasa di kunjungi.

Pahit Manis Kehidupan Sebagai Pelajar

Selesai sudah minggu peperiksaan, memang memeritkan dan memenatkan, sebab banyak dugaan semasa nak ulangkaji & membaca, masa nak membaca buku la tiba tiba letih semacam, kerja di pejabat bertimbun timbun, tapi apa nak di kata, susah payah pun kena harungi juga, susah susah dahulu, senang senang kemudian kan? 

Boleh jawab ke tak boleh, itu semua sudah lumrah, kalau perfect takde lah ramai yang bersungguh sungguh nak sambung belajar, yang penting kena usaha, takde usaha, kejayaan takkan datang bergolek. Inilah pahit manis kehidupan sebagai pelajar separuh masa.

Hidup ini memerlukan ilmu untuk meneruskan kehidupan yang getir, bukan untuk bermegah, tapi untuk menaiktaraf diri kita kearah yang lebih baik, tuntutlah ilmu selagi hayat ada. Tanpa ilmu siapalah kita.

Wednesday, April 13, 2016

Sudah Biasa Begini

Dah banyak kali kena macam ini, suruh buat macam tu macam ini, tapi ending nya bila bab bayaran, terus diam, mesej tak jawab, call tak jawab, ramai orang ambil kesempatan atas usaha orang lain sekarang ini, alahai dunia dunia...

Sebelum nak bayar katanya nak tengok design dulu, itupun melalui whats app, lepas dah sent, terus inactive whats app, memang entah apa apa lah client ni.

5 Tips Penting: Jangan Biarkan Perkara Simple Macam Ni Labelkan Korang 'Pemalas'!

Ini lah lumrah dan cabaran yang patut di hadapi sebagai seorang pereka grafik, idea dan konsep di curi bulat bulat tanpa memikirkan penat lelah siang dan malam membuat grafik, takpelah mungkin dah tertulis ini bahagian aku, nak buat macam mana kan? Mungkin akan datang rezeki yang lebih baik dari Nya, biar orang buat kita, asalkan yang penting jangan kita buat orang.

Sudah biasa begini, selalu kena tipu..

Tuesday, April 12, 2016

Tidak Semua Orang Faham

Nak jadi ketua bukannnya mudah, kena faham semua hal berkaitan dengan kerja sekurang kurangnya kena ambil tahu, di pendekkan cerita kena ada asas ilmu bidang yang berkaitan, supaya tidak mudah di'tertawakan' orang sekeliling dan kakitangan sendiri.
Bila tidak faham proses, itu yang kelaut bila bercakap, bercakap pun tanpa fakta yang sahih dan dari sumber mana, orang akan menilai kita dari pelbagai sudut antaranya seperti cara kita berkomunikasi dan gaya &  pandangan kita bila bercakap dengan orang.
Sesetengah orang kerajaan, tiada fakta yang berasas bila bercakap, dan bila mengeluarkan laporan berupa angka (figure), tidak tepat dan menipu, walhal telah di manupulasi secara terperinci. Betul ke tak apa yang aku cakap ni? Tidak pada semua agensi tapi segelintir, dan yang pasti ada! 

Sebagai contoh, di dalam bidang ICT, jika ketua yang bagus, bahasa yang di sampaikan di permudahkan agar semua orang yang mendengar dapat memahami, tidak semua orang faham bahasa bahasa teknikal, sebagai contoh ;

Maksud Sebenar Crocodile Tears

Terkejut wujudnya ayat 'crocodile tear' dalam kamus dwibahasa oxford, maksudnya seseorang yang berpura pura menangis untuk meraih simpati orang lain, Wah terbaik! Memang sarkastik sungguh, hehe.

"Here's Why They Say Macao’s Portuguese Egg Tarts Totally Deserve An Award"

Teringat kisah sang buaya yang di timpa balak, lalu meminta pertolongan kerbau, sang buaya merayu rayu sambil menangis meminta kerbau membantu melepaskan dia, dan berjanji tidak akan mengapa apa kan si kerbau! Si kerbau terpedaya dan akhirnya membantu, setelah sang buaya di beri pertolongan, di gigitnya pula sang kerbau..dan akhirnya nasib baik muncul si kancil meleraikan pergelutan.

Begitulah maksud sebenar ayat crocodile tears, di zaman sekarang ini, ramai yang berpura pura untuk meraih simpati walhal mengambil kesempatan, sudah di beri betis nak paha pula! Manusia jenis apa ini? Ada pula yang menggunakan proksi (orang tengah) untuk mengambil kesempatan yang tidak baik.

Hadiah Hari Jadi

Terima kasih kepada Hard Rock Cafe Melaka kerana memilih aku sebagai pemenang harian RockBox mereka, hadiah yang di perolehi sangatlah awesome dan terbaik! iaitu T Shirt limited hard rock, memang mahal gila baju ni kalau beli di Hard Rock Shop, Alhamdulillah aku dapat juga secara percuma! Rezeki hari jadi, memang aku tak sangka dan speechless.

Mulanya, aku nak request lagu je, tapi tak sedar pula rupa rupanya ada kawan tulis senyap senyap dekat borang isi lagu tu, special request, birthday boy song to Mr Safirul! Waaa..hahaha, dan akhirnya aku di pilih sebagai pemenang pada malam tu, terasa diri ini dihargai lak! Inilah Hadiah Hari Jadi  yang terbaik! dan bermakna. hehe

Have you seen what this school plans to do for 64 special-needs students? Simply brilliant!


Monday, April 11, 2016

Persamaan Hindu Dan Islam

Isu penceramah bebas Dr. Zakir Naik tidak dapat meneruskan ceramahnya di melaka yang bakal berlangsung pada april 2016 amat mengejutkan, dan arahan itu telah di keluarkan oleh ketua polis negara. 

Dari apa yang aku lihat dari ceramah ceramah Dr Zakir sebelum ini, beliau banyak menyedarkan golongan bukan islam berkenaan agama islam dan membuka pintu hati orang bukan islam untuk memeluk islam, itu adalah perbuatan yang mulia. Gaya percakapan nya yang bersahaja dan berfakta membuatkan sesiapa yang mendengar terpesona dan tertarik untuk mendalami Islam.

Tajuk ceramahnya berbunyi 'persamaan hindu dan islam' agaknya mencetuskan kemarahan kaum india beragama hindu dan seterusnya mereka beramai ramai membuat petisyen dan report kepada ketua polis negara dan dalam masa yang sama, pihak polis terpaksa mengambil tindakan.

It’s True, You Can Do Wonders With A Car Space Like This! Here Are 8 Ways To Prove It.

Saturday, April 09, 2016

Semoga Bermanfaat Kepada Anda

Kandungan yang bermanfaat di dalam blog atau website sekurang kurang nya membantu pelayan web mendapatkan maklumat maklumat yang di perlukan oleh mereka, kongsikan lah kandungan yang bagus dan tepat, ini membantu meningkatkan trafik blog anda dalam masa yang sama menambahkan pendapatan anda sebagai bloggers.

Alhamdulillah, apa yang aku kongsikan sedikit ilmu di blog ini, sedikit sebanyak menjadi rujukan orang ramai yang melayari internet terutamanya bagi yang membuat carian di google.

Template blog aku ni versi lama, versi standard, susah sikit bila nak implement HTML ke versi HTML versi yang terkini iaitu HTML5. Semoga perkongsian maklumat dari aku ini memberi manfaat kepada korang semua, jika bermanfaat alhamdulillah, ini semua saham akhirat.


Ilmu pengetahuan ini luas, sekarang dah mudah, hanya melalui carian enjin sahaja.Namun begitu bergantung kepada SEO (Search Engine Optimazation) Blog, ini penting bagi memboleh kan carian enjin menletakkan website/blog anda di carian pertama enjin carian.

Semoga blog ini bermanfaat kepada anda

Orang Kampung Otak Kimia

Aku suka dengan lakonan nya, bersahaja dan kelakar, cerita yang paling best lakonan arwah Mr Os yang aku suka ialah Orang Kampung Otak Kimia dan ADIK. Memang terbaik dan aku suka!  Masa tu belasan tahun lagi se ingat aku.

Sejak akhir akhir sebelum allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir, tiba tiba rasa macam nak like facebook miliknya dan teringin nak melihat aktiviti terkini nya, nampaknya MR OS sedang sibuk berdakwah mengembangkan dan memberi ceramah agama dan kesedaran dalam menunaikan tanggungjawab berzakat.

Nampak sedikit cengkung dan kurus, tak terlintas pula di fikiran aku yang allahyarham mempunyai sakit kronik, dan sedikit terkejut menerima berita kematian beliau. Tak sangka, secepat ini! Namun, MATI ITU PASTI bagi setiap insan, kita di dunia ini hanyalah pinjaman semata mata, dan akhirnya akan kembali kepada NYA.

DariNya kita datang, dan dariNya kita dikembalikan, semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan ahli ahli syurga. Menjadi seorang penghibur ni bukannya mudah, kena menghiburkan orang dan dalam masa yang sama memberi mesej yang berguna untuk di teladani oleh setiap insan.

Al Fatihah....

Friday, April 08, 2016

Anak Aku Yang Pertama

Genaplah 6 tahun usia anak aku yang pertama iaitu Muhammad Qayyum Rayqal pada 12 April 2016 yang akan tiba tak lama lagi, di harapkan menjadi anak yang berguna, bijak di dunia dan akhirat. 
Anak aku
Tiada apa yang mampu membahagiakan diri ini sebagai bapa selain melihat engkau tersenyum gembira, selamat dunia dan akhirat dari sebarang dugaan dan cabaran dunia, dan menghormati orang yang lebih tua dari kamu, Itu sudah cukup membahagiakan aku.

Dont Stop When You Are Tired

Dont Stop when you are tired

Kata kata hikmah yang boleh membuatkan seseorang itu menuju ke puncak kejayaan jika berusaha dengan tekun, salah satunya ialah Don't Stop When You Are Tired. Stop When You Are Done! 

Kisahnya untuk menuju ke puncak kejayaan, janganlah hanya separuh jalan sahaja, jangan cepat putus asa, percayalah setiap kesulitan ada jalan penyelesaiannya, yang penting sabar dan berusaha..

Wednesday, April 06, 2016

Pergi Meninggalkan Kita Semua

Ketika bersarapan pagi di sebuah warong sambil makan nasi lemak dan nescafe ais, tiba tiba aku terpadang seekor binatang 'kotor' yang cukup di geruni dan di takuti apabila tersentuh, iaitu babi hutan. Bukan menghina haiwan tersebut, tapi itu kan binatang kategori najis berat dalam Islam. Biasanya kalau di kawasan kampung, binatang ini muncul pada lewat malam untuk mencari makanan seperti sampah dan sisa makanan, tapi kali ini tak kira waktu dah...suka suka hati 'dia' je nak keluar, memang takde sifat 'tolak ansur' langsung, membabi buta keluar tak kira siang malam!

Yang menjadi lebih menakutkan, jarak antara aku dengan babi tu cuma berberapa meter sahaja, manalah tahu kan tiba tiba babi hutan ni datang macam kucing minta makanan, cekau-cekau, terkais kais, ingatkan kucing kucing manja bawah meja, sekali rupa rupanya babi hutan! baguslah aku membelai, haha. dan menjadi lebih merumitkan, ia berlegar legar di kawasan rumah milik orang melayu islam, mungkin berdekatan kawasan semak samun dan hutan belukar.

Kepada korang semua, sila pastikan kawasan persekitaran luar rumah korang bersih dan kalau boleh janganlah meletakkan sisa sisa sampah basah, makanan di luar rumah, masukkan dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa. Sekarang ni cuaca tak menentu, panas terik, musim haiwan haiwan keluar dari lokasi asal. Berhati hati


Monday, April 04, 2016

Cukuplah Sekadar Apa Yang Ada

Bukankah Tudung itu di pakai untuk menutupi aurat, yang sebenarnya niat memakai tudung sekadar nak menunjuk nunjuk brand apa yang di gunakan ke, atau sekadar syarat untuk lebih cantik ke atau mengikut apa yang Tuhan suruh ? sampaikan berebut rebut bergesel lelaki dan perempuan, kemana nilai nilai agama? Kalau dah sampai berebut rebut macam orang naik hantu, terjerit jerit, sanggup mengetepikan dan 'menindas' orang lain, itu melambangkan ciri ciri orang beragama kah?


Jika ada jualan murah sekalipun, jagalah adab, tidak perlu sampai berebut rebut, banyak lagi jenis tudung yang cantik bila di pakai. Beratur lah dengan sopan. Sabar kan separuh dari iman. Apa boleh terbang ke awan ke kalau pakai tudung tu? Cukuplah sekadar apa yang ada, jangan mengharap pujian orang, menunjuk nunjuk, sampaikan 'lupa' apa tujuan sebenarnya memakai tudung.
Duit Dari Internet