Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, April 12, 2016

Tidak Semua Orang Faham

Nak jadi ketua bukannnya mudah, kena faham semua hal berkaitan dengan kerja sekurang kurangnya kena ambil tahu, di pendekkan cerita kena ada asas ilmu bidang yang berkaitan, supaya tidak mudah di'tertawakan' orang sekeliling dan kakitangan sendiri.
Bila tidak faham proses, itu yang kelaut bila bercakap, bercakap pun tanpa fakta yang sahih dan dari sumber mana, orang akan menilai kita dari pelbagai sudut antaranya seperti cara kita berkomunikasi dan gaya &  pandangan kita bila bercakap dengan orang.
Sesetengah orang kerajaan, tiada fakta yang berasas bila bercakap, dan bila mengeluarkan laporan berupa angka (figure), tidak tepat dan menipu, walhal telah di manupulasi secara terperinci. Betul ke tak apa yang aku cakap ni? Tidak pada semua agensi tapi segelintir, dan yang pasti ada! 

Sebagai contoh, di dalam bidang ICT, jika ketua yang bagus, bahasa yang di sampaikan di permudahkan agar semua orang yang mendengar dapat memahami, tidak semua orang faham bahasa bahasa teknikal, sebagai contoh ;



Hei IT, kenapa internet slow dan komputer saya lembab? Jawapan yang di jawab menggunakan bahasa teknikal didalam IT , "oh tuan kena clear kan cache dan cookies, itu masalah cookies!' Seeloknya terangkanlah cara yang mudah di fahami oleh semua lapisan umur dan bidang.

Bila berkomunikasi dengan pihak atasan, pastikan merujuk kepada orang bawahan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan statment, apa lah salah nya meminta pandangan dan bertanya apa yang tak faham? menjadi suatu dosa atau kesalahan besar ke? Please Make Others Important, Ask People To Get Information and Dont Take For Granted. Orang melihat melalui percakapan kita. Bila ketua dah tak betul, orang bawahan pun akan mengikut sekali, pepatah mengatakan, Ikan busuk dari kepala nya dahulu, barulah sedikit demi sedikit  membusuk hinggalah ke ekornya.

Janganlah menjadi ketua yang busuk sangat...

Untuk mengelakkan sebarang spekulasi, permudahkan dan komunikasi lah secara berkesan agar orang tidak akan membuat andaian yang buruk kepada kita.Sebagai ketua atau pemimpin yang bagus, kena lah sentiasa mengambil tahu hal hal berkaitan kerja, sentiasa bantu membantu, bimbing dan tunjuk ajar staf bawahan. Insyaallah, perjalanan kerja anda akan lebih menyeronokkan.

6 comments:

  1. yup..setuju..kalau ketua pun tak betul..anak buah macam mana lagi kan? lepas tu, ketua kenalah master semua task anak buah dia..tak tahu banyak pun, cukup tahu basic..kan?

    ReplyDelete
  2. Yes bro...exactly..sepatutnya macam tu la, bukan melepaskan kepada orang bawahan membuta tulis tanpa bimbingan

    ReplyDelete
  3. klu nk jd ketua jgn jd mcm ketam ajar anak jalan... nntu klu org xhormat pun jgn nk slhkn org lain... muhasabah!

    ReplyDelete
  4. Susah nak jumpa bak kata omputih "a true leader" pada zaman sekarang....yang palsu tu berlambak, tau mengarah orang pastu dapat kredit.

    ReplyDelete
  5. Setujuuu sgt dgn saudara kenny. Semua orang boleh jadi boss, tapi tak semua boss itu boleh jadi leader. Situasi sedang berlaku dipejabat saya. Mujur subordinate sedar akan perangai boss ini, masalahnya penat nak membackup kerja2 tak sempurna oleh bos. Dia mulakan, kita settlekan. Pening.

    ReplyDelete
  6. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.