Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Thursday, May 12, 2016

Berubah Sebelum Parah

Aku suka menulis dan menulis memberikan ketenangan kepada aku yang sebenarnya, cuma yang menjadi halangan adalah masa, bertapa pentingnya masa bagi aku, dan lakukan lah sesuatu perkara itu seperti esok kita sudah tiada lagi. 

Tapi perkara yang ingin aku tekankan di sini, bila terdapat unsur unsur politik yang begitu teruk telah meresap di dalam pekerjaan harian, di dalam keluarga dan di mana mana sahaja, kenapa aku cakap begini? maksudnya ialah, kenapa perlu berlakon atau berpura pura untuk mendapatkan apa yang di idamkan, berpura pura di dalam berkawan, mencipta musuh, mewujudkan suatu kumpulan yang bertujuan memburuk burukkan seseorang, dan perkara ini semua, di kesudahannya, akan menyebabkan sesuatu organisasi itu runtuh dalam senyap.

Pergilah di mana mana sekalipun tempat, akan wujud sikap sikap begini, dan akhirnya merugikan diri sendiri. Orang sekeliling yang di anggap 'terbaik' dan 'suka melayan' itulah yang akan mentertawakan kita. Apa yang perlu di lakukan, buat lah kerja sedaya upaya dan pedulikan orang yang malas, dan janganlah pula menceritakan setiap perbuatan yang menyakitkan itu kepada 'orang orang' di organisasi tempat kita mencari makan, kelak kita yang akan sendiri dan terasing.
Orang yang buruk di perkatakan orang dan malas itu berkemungkinan sedang 'berubah' dan akan lebih kompetitif untuk mencipta perbandingan siapa yang lebih 'mulia' di pandang orang. Contohnya seperti mengenakan pakaian yang di pakai lebih sopan (bagi yang wanita). Bagi yang lelaki pula, bijak menyesuaikan diri dan berpura pura mencipta kebaikan.
Apa apa pun, hidup ini sangat singkat, dan seimbang kan diri kita dengan kebaikan dan jaga batasan pergaulan, sebelum kita mengata seseorang, lihat lah kedalam diri kita dan muhasabah.Berubah sebelum parah.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.