Alhamdulillah, akhirnya kami muncul Juara Pertandingan Futsal MICTH anjuran MICTH iaitu sebuah syarikat swasta di negeri Melaka. Memang aku tak sangka melepasi melangkaui sasaran aku sebenarnya. Terbaik semua.

Perlawanan demi perlawanan kami harungi, akhirnya kami Juara Pertandingan Futsal MICTH dan kemenangan ini sungguh bermakna buat aku sebagai pengurus pasukan dimana secara tidak langsung menutup mulut mulut longkang yang mempertikaikan kebolehan pasukan aku. haha.Walaupun hadiah tak seberapa dan tidak lumayan (1 hamper, medal dan piala), itu tidak menjadi masalah, yang penting, pasukan aku mencipta nama sebagai Champion.

Pasukan yang bertanding di Pertandingan Futsal MICTH rata ratanya hebat hebat belaka dan ada pengalaman bermain, antara nya ialah SAMB ( syarikat air melaka berhad), Putra Hospital FC, Bertam Hulu FC...itu yang menjadikan aku gembira sangat menjadi Champion!

Juara Pertandingan Futsal MICTH

Kemenangan ini tidak pula menjadikan aku insan yang lupa diri dan sombong, malah menjadikan iktibar kepada aku bahawa, setiap dari kita kadang kadang di atas, dan kadang kadang di bawah, hidup ini macam roda, dan tidak selalunya kita sentiasa di atas, belajarlah muhasabah diri dan sentiasa merendah diri dan yakin dengan keupayaan kita. Setiap manusia itu di ciptakan dengan kelebihan tersendiri, dan Tuhan sentiasa menguji hambanya.

Ini lah pencapaian aku sebagai pengurus pasukan, pengurus dan pemain. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. hahahaha..wang jatuh no 2, kalau kemenangan itu mampu menutup mulut longkang..hahahaha

    BalasHapus

Posting Komentar