Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Tuesday, May 17, 2016

Kenangan Terindah

Selamat hari guru kepada guru guru yang pernah mengajar aku dari sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah di tahap sekarang, anda juga semua guru di mana mana setiap kata kata bimbingan, pedoman akan di ikut hingga akhir hayat.

Dan yang paling utama, ialah guru yang sebenar bagi aku ialah ibu bapa aku sendiri, di mana banyak kata kata pengajaran dari mereka, dan aku juga guru kepada anak anak aku, Ajar lah anak anak anda perkara perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka bila mereka sudah besar nanti.

Dan seingat aku lah, masa zaman aku bersekolah di peringat rendah dan menengah, hampir semua guru berfungsi seperti guru disiplin, semua guru merotan, dan boleh di katakan 'cruel', dan pada masa itu aku tahu aku salah, dan biarkan, dan akhirnya aku menjadi manusia. Tanpa mereka, aku tak seperti sekarang, dan kenangan tetap kenangan, tetap terpahat di dalam hati, kelakar bila mengenangkan zaman muda mudi. Itu lah kenangan terindah aku.

Di zaman sekarang, polisi mengajar telah di ubah, dan guru guru terpaksa mengikut prosedur yang di tetapkan oleh pihak kerajaan, anak anak sekarang ni, dah tak merasa pukul tampar, belasah, maki hamun, guru dahulu dengan guru sekarang sungguh berbeza, namun begitu, guru adalah pekerjaan paling bagus dan penat lelah terbalas apabila murid yang di ajar itu berjaya dan berterima kasih. Itu yang paling penting sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.