Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE healthydrink BELI DAN DAPAT DISKAUN

Tuesday, May 10, 2016

Orang Sekeliling Tak Faham Situasi

Mulakan pagi anda dengan perasaan yang ceria, riang ria dan jangan biarkan awal pagi anda di nodai dengan kemurungan hanya disebabkan perkara perkara yang boleh menyebabkan mood anda rosak di pagi hari, kerana ia akan merosakkan keseluruhan hari anda.

Rosak mood pagi pagi ni, bila trafik sesak teruk, kena bebel melampau di pagi hari, bunyi kenderaan kereta tempatan yang telah di ubah suai ,berlagak macam ala ala ferari,  dan yang paling utama, suara suara nyaring (bebelan) di pagi hari. 

Secara tidak langsung, akan membuatkan suasana hubungan di pejabat menjadi bercelaru, kusut dan segala galanya menjadi rosak. Tiada senyuman sepanjang hari, rasa macam nak makan durian pula di pejabat pagi pagi macam ni, biar semua orang mood rosak macam aku, kalau mood diorang rosak, dah tentulah mereka tak akan ajak bersembang, brainstorming tiba tiba dan tak terkinja kinja macam beruk, diam je seribu bahasa..kan?


Bila semua diam, maka tiada lah 'sumpah serana' dari pihak yang 'stress' seperti aku  yang tidak mahu di ganggu oleh mereka yang terkinja kinja 'mengacau', oleh itu ceriakan lah pagi anda supaya anda tidak menjadi seperti aku yang mood rosak di pagi hari di sebabkan perkara perkara yang 'terrible'.

Kadang kadang orang sekeliling tak faham situasi yang kita hadapi, mereka tak faham macam mana nak menyesuaikan situasi yang tengah berlaku, bagi mereka, setiap hari kita seperti biasa, sedangkan di dalam hati, hanya tuhan yang tahu.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi