Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Monday, May 23, 2016

Tidak Perlu Ikut Rentak Mereka

Sikap politik kotor pembawakan ahli politik bermasalah terbawa bawa di dialam organisasi baik di dalam sektor kerajaan dan sektor swasta menyebabkan sesuatu organisasi itu bermasalah dan terus bermasalah dan output yang terhasil akan menjadi kelam kabut dan menjadikan kakitangan yang kompeten dan bagus tenggelam hanyut di bawa arus kerosakan.

Budaya hasut menghasut, busuk membusukan, iri hati, gosip sana sini, kompetisi siapa lebih bagus, berat sebelah menjadi keutamaaan dan menjadi barah, itu yang wujudnya surat surat layang, berpuak puak dan sebagainya. 

Nasihat aku kepada mangsa mangsa keadaan di organisasi yang bermasalah, jangan peduli dan buatlah kerja seperti biasa, kalau kita mengikut rentak mereka, maka kita akan jadi sasau seperti mereka, stay cool and relax. Tidak perlu ikut rentak mereka.

Apa nak risau jika kita percaya kepada Tuhan, wang gaji yang di perolehi oleh si perosak perosak ini akan musnah di mamah sedikit demi sedikit kerana tidak berkat. Gaji yang dapat setiap bulan tu, suruh buat kerja hakiki, bukannya suruh buat kerja untuk jadi iri hati, dengki mendengki, bawa budaya politik kotor di organisasi dan lain lain.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi