Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Thursday, June 02, 2016

Berebut Rebut Mencari Dosa

Sila pastikan kesahihan sesuatu cerita sebelum menyebarkan (viral), ada yang berebut rebut mencari pahala dan lebih ramai yang berebut rebut mencari dosa, setiap hari berapa banyak dosa kita perolehi akibat dari penyalahgunaan media sosial?

Jika 1000 orang like atau komen artikel yang tidak benar, berapa banyak dosa yang di perolehi secara percuma. Jika tidak pasti, cuba cari fakta yang sebenar, janganlah membuta tuli seperti mencurah minyak kedalam api.

Sebagai contoh di Melaka, isu anak anak yatim yang berniaga air di kaki lima kawasan pentadbiran kerajaan negeri di MITC, pada hakikatnya lokasi berniaga tersebut memang tidak sesuai untuk berniaga, dahla berniaga tanpa lesen, dan tindakan dari pihak perbandaran, adalah berbincang cara baik dengan peniaga terbabit dan membantu mereka mendapatkan gerai majlis yang selesa dan setempat.


Dan selepas perbincangan tersebut, keesokannya peniaga tersebut tidak berniaga dan tutup, orang awam yang biasa lalu di sekitar lokasi tersebut, telah mencemuh pihak perbandaran, pelbagai kata kata kesat telah di keluarkan, dalam kain, luar kain dan yang berkaitan dengannya.

Tak kurang juga yang mengatakan, pihak kerajaan kejam, tidak bertimbang rasa, menganiaya anak yatim dan macam macam lagi tohmahan. Ceritanya begini, anak anak yatim yang berniaga tersebut tutup buat sementara waktu, di sebabkan menguruskan hal konvokesyen adiknya di luar melaka.

Persoalannya dan kesimpulannya apa dari cerita di atas? itulah cara orang yang tidak berakal menulis di media sosial, membuta tuli tanpa selidik terlebih dahulu dan bodoh sombong.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi