Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Sunday, June 12, 2016

Harap Maaf Sedang Bercuti

Masalah bila berkomunikasi dengan agensi kerajaan atau agensi swasta, terpaksa menunggu lama, kena tekan 1, lepas tu 0, dan akhirnya talian terputus.

Baru baru ini, aku ada buat panggilan ke sebuah agensi kerajaan, orang pertama yang jawab panggilan bertanya soalan kepada aku.

Ya encik boleh saya bantu? Aku pun terangkan beratus patah perkataan, lepas tu dia jawab..."ok saya sambungkan ke pegawai yang berkaitan" dan begitulah sehinggalah ke orang yang ke seterusnya, dan bila orang ke tujuh mengambil panggilan, aku pun ulang beratus ratus patah perkataan macam aku cakap dengan orang yang pertama dan ke enam tadi, dan akhirnya dia menjawab...pegawai yang berkaitan tugas dengan masalah aku ini..harap maaf sedang bercuti.


Arghhhhh...Grrrrr
Kepala otak kau la..berbuih mulut menerangkan.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.