Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, July 28, 2016

Jaga Diri Sendiri Lebih Elok

Perangai tu biarlah elok dan imbangkan situasi semasa rakan rakan kita, kadang kadang manalah tahu rakan kita ada masalah ke, janganlah pula berlebihan, bila di tegur, pandai pula marah. Ada orang sibuk melihat apa yang kita lakukan, dan sentiasa banyak persoalan sebagai contoh, kenapa gemuk sangat? kenapa kurus sangat? kenapa tak berak lagi? ermm satu je yang aku nak cakap dengan mahluk istimewa macamni...Yang kau sibuk pasal aku kenapa? kau ada bagi aku makan ke? 

Kalau nak menegur orang atau pun 'menasihati' kononnya, tegur lah di tempat yang betul, janganlah pula di tempat orang ramai, kenapa perlu menjerit, meninggi suara di tempat yang orang ramai? 

Dan satu lagi nasihat dari aku, jaga diri sendiri lebih elok dan enak, dan sebelum nak menilai orang lain, cuba lihat diri sendiri dulu, kalau diri sendiri perfect, cantik, kurus, dan suci bersih, hah...bagus lah...ini tak, diri sendiri pun 'berlemak', muka tak cantik...ada hati nak 'bergurau' dengan orang lain.

Orang macamni, kena tegur sarkastik baru dia faham.

Tuesday, July 12, 2016

Group Whats App

Berapa banyak group whats app la korang semua create ni, keluarga je ada sampai 4-5 group, group gosip la, group lelaki sahaja la, group perempuan sahaja la...amboi! belum lagi group di pejabat..

Kadang kadang sampai tak terlayan, dan terpaksa left (keluar) group semata mata malas nak layan dan apa yang di share oleh rakan rakan, sangat keterlaluan. Nasihat aku, kalau nak buat group sila pastikan supaya aktif dengan perkongsian maklumat yang berguna, sentiasa memberikan maklumat yang sahih, sentiasa menjaga perasaan ahli ahli group, dan tidak menganggu rakan rakan yang telah mempunyai keluarga di malam hari.

Sebagai contoh, janganlah menghantar kenyataan serta gambar yang ada unsur unsur lucah , politik kebencian yang melampau tanpa memikirkan latar belakang politik ahli ahli di dalam group, jagalah hati mereka, jangan cakap ikut sedap jari dan fikiran kamu sahaja.

Kalau di hitung satu persatu group yang rakan rakan add aku, ada dekat lebih 15 group. Apa apa pun, biarlah bermanfaat dan memberi faedah bersama. 

Sunday, July 03, 2016

Gemar Menilai Apa Yang Mereka Lihat

Sudah lumrah sifat manusia, gemar menjatuhkan hukum dan menilai apa yang mereka lihat, tidak pula dia terfikir bagaimana kesusahan dan kepayahan di sebalik tabir kehidupan seseorang? Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka mereka ini. 

Manusia manusia begini tidak suka melihat orang lain 'senang' walaupun pada hakikatnya ini semua harta yang di pinjamkan sementara di dunia..tiada apa yang kekal. Jika berharta, dikatanya di perolehi dari hasil yang tidak halal, jika gemuk tubuh badan, di katanya makan duit rasuah, jika kurus dikatanya hisap dadah, jika miskin, dikatanya pula malas bekerja..itu lah manusia yang sentiasa berperasangka buruk. 

Apa yang patut kita lakukan? jauhkan lah diri dari mereka mereka ini sejauh sejauhnya, agar semua hati dapat di jaga dan tidak dilukai.
Duit Dari Internet