Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, July 12, 2016

Group Whats App

Berapa banyak group whats app la korang semua create ni, keluarga je ada sampai 4-5 group, group gosip la, group lelaki sahaja la, group perempuan sahaja la...amboi! belum lagi group di pejabat..

Kadang kadang sampai tak terlayan, dan terpaksa left (keluar) group semata mata malas nak layan dan apa yang di share oleh rakan rakan, sangat keterlaluan. Nasihat aku, kalau nak buat group sila pastikan supaya aktif dengan perkongsian maklumat yang berguna, sentiasa memberikan maklumat yang sahih, sentiasa menjaga perasaan ahli ahli group, dan tidak menganggu rakan rakan yang telah mempunyai keluarga di malam hari.

Sebagai contoh, janganlah menghantar kenyataan serta gambar yang ada unsur unsur lucah , politik kebencian yang melampau tanpa memikirkan latar belakang politik ahli ahli di dalam group, jagalah hati mereka, jangan cakap ikut sedap jari dan fikiran kamu sahaja.

Kalau di hitung satu persatu group yang rakan rakan add aku, ada dekat lebih 15 group. Apa apa pun, biarlah bermanfaat dan memberi faedah bersama. 

7 comments:

  1. Memang banyak group..group sepupu sebelah mak, sepupu belah ayah, group sekolah, group 1 jawatan, group bisnes, group adik bradik, group anak branak..huishh..banyak..ada jugak yang terpaksa LEFT..

    selamat hari raya boss

    ReplyDelete
  2. Memang byk group sampai tahap kene left sesetghnye sbb hp jem.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. berderet kekadang mesej..ini lah ledakan teknologi kena teriam hakikat..ambil yng baik2 yang kurang jadikan teladan..hati2 jg..

    ReplyDelete
  4. masih bertakhta banner tu..subahanallah Saf..awak bagus ya..

    ReplyDelete
  5. https://www.facebook.com/adevin.etuza

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum sahabatku Safirul..terbaik ya

    ReplyDelete
  7. singgah syawal
    http://belogs.blogspot.my/2016/07/sedetik-lara-hazama.html

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.