Proses menyiapkan tugasan sebenarnya bukan lah merumitkan jika kita faham proses, bermula dari pengumpulan bahan bahan dan memahami struktur dan kriteria tugasan. Tutorial kali ini ialah bagaimana menyediakan draf tugasan (assignment), menyediakan format rujukan dengan pantas.

Tidak ramai pelajar pelajar yang tahu perisian ini, nama perisian ini adalah MENDELEY. Secara ringkasnya mengenai perisian ini, memudahkan kita dalam menyediakan rujukan dan memasukkan bahan bahan seperti jurnal, artikel blog dan sebagainya ke dalam perisian ini.

Kelemahan yang selalu di lakukan oleh pelajar ialah kurang membuat kajian iaitu tidak banyak rujukan di dalam setiap tugasan dan formating APA style tidak betul. Bila kurang rujukan maka risiko plagiat (copypaste) akan timbul dan secara tidak langsung, markah tugasan kurang dan tidak memuaskan.


Tidak Banyak Rujukan Di Dalam Setiap Tugasan

Perisian ini percuma dan boleh di download (muat turun) di sini . Tetapi sebelum itu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu secara online

Selepas mendaftar secara online, anda perlu memuat turun desktop mendeley pula, seterusnya boleh download mendeley desktop di komputer atau di laptop anda di SINI. Selepas download dan mendaftar secara online, buka mendeley desktop yang telah download sebentar tadi dan login akaun emel dan password yang di daftarkan secara online. 

Jika login anda berjaya dan pengesahan di emel anda tiada masalah, Paparan seperti di bawah (gambar 1) akan di paparkan.

Tidak Banyak Rujukan Di Dalam Setiap Tugasan
gambar 1
Untuk menyiapkan tugasan dengan menggunakan perisian Mendeley, anda perlu mencari bahan terlebih dahulu, dan format dokumen (bahan bahan) yang sesuai ialah di dalam format PDF. Seperti di gambar 1 di atas, anda akan mendapati ikon Add Files dan fungsinya untuk memasukkan bahan kedalam mendeley desktop kita.

Ada 4 jenis cara untuk memasukkan bahan iaitu seperti Add Files, Add Folder, Watch Folder dan Add Entry Manually. Secara ringkasnya, ke empat empat cara ini, fungsinya untuk memasukkan bahan cuma yang spesial nya di Watch Folder dan Add Entry Manually, Watch folder fungsinya sama seperti add folder di mana dokumen yang tersimpan di dalam folder, cuma watch folder, bila kita upload bahan tambahan ke dalam folder kita (tanpa perlu membuka perisian mendeley) secara automatik nya, akan wujud di dalam perisian mendeley. Walaupun tanpa membuka perisian.

Tidak Banyak Rujukan Di Dalam Setiap Tugasan
gambar 2




Langkah penting seterusnya, sila pergi ke menu Tools (lihat gambar 2) dan pergi ke Install MS Word Plugin (jika telah install, maka akan tertulis seperti di paparan gambar 2 atas : Uninstall). Fungsinya untuk memudahkan anda meletakkan citation rujukan.

Tidak Banyak Rujukan Di Dalam Setiap Tugasan
Gambar 3
Cuba buka tugasan (Microsoft Word) anda, dan sebagai contoh, untuk menambah rujukan ayat anda mungkin akan bermula seperti ( Merujuk kepada ) ataupun (According to) dan untuk menambah citation anda hanya perlu tekan butang di keyboard anda ALT + M dan paparan seperti di Gambar 3 akan muncul, tapi ingat (sebelum itu, upload bahan dokumen anda terlebih dahulu di Mendeley Dekstop), baru lah boleh memulakan tugasan dan mula menulis.  

Tidak Banyak Rujukan Di Dalam Setiap Tugasan
Gambar 4



















Cara nak tambah rujukan (citation) di tugasan anda, anda perlu pergi ke microsoft word dan selepas itu ke tab references dan di ruangan rujukan (references) anda selepas tu cuba tekan Insert Bibliography (One Time Only). Cuba lihat contoh di paparan Gambar 5 di bawah. Jika anda mahu menambah lagi citation, anda hanya perlu ALT M dan cari bahan yang telah upload tadi, selepas itu, secara automatik di bahagian RUJUKAN di (tugasan anda) akan ada references link yang baru, begitu juga seterusnya. Tapi biasalah, janganlah lah pula leka copy paste bulat bulat dari jurnal, edit dan tambah tambah lah sedikit. hehe 

Tidak Banyak Rujukan Di Dalam Setiap Tugasan
Gambar 5




Begitulah kisahnya secara ringkas, jika ingin menyertai kelas mendeley ataupun tidak faham macam mana nak menggunakan perisian ini, boleh lah emel saya di safirulamar@gmail.com . Rugi kalau tak nak belajar perisian ini. Jika dahulu tugasan kita nampak (sengal) , tapi kini lebih AKADEMIK, lebih ILMIAH, lebih BAGUS, dan yang paling penting, MARKAH TUGASAN TINGGI.

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.