Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Sunday, September 25, 2016

Macam Mana Nak Jadi Kaya

Ramai orang tanya aku macam mana nak jadi kaya? semalam pun ada orang tanya aku ayat yang sama iaitu macam mana nak jadi kaya? ermm dalam hati aku (muka dan diri aku ni nampak macam orang kaya ke?) aku pun jawab dengan yakin, kalau nak kaya kena buat investment (pelaburan) dahulu, maksudnya modal.  

Sebagai contoh, buka restoran makanan, buat loan dan guna kan pengaruh sekeliling kamu seperti keluarga, rakan rakan dan sebagainya untuk support , beri service terbaik dan sabar. Contoh yang lain, kalau nak perniagaan maju, kena lakukan hebahan, promosi dan iklan kan produk supaya di kenali.

Sebagai contoh hebahan, kena buat pelaburan di rancangan TV, website, iklan di blog, radio dan sebagainya. Semua hebahan pengiklanan di semua yang aku nyatakan ini, memerlukan kos modal yang perlu di keluarkan, untuk menjadi maju, kenapa perlu kedekut untuk keluarkan duit modal?

Alasan yang klise dan biasa dengar, ala encik..bisness belum berkembang, macamana nak bayar..murah lah sikit. ala melayu sama melayu pun nak charge mahal mahal ke!! ermm nak maju, tapi langsung tiada usaha untuk melabur. itu lah orang kita dan bila lingkup perniagaan, salahkan orang lain, kena sihir la, kena santau la.

Lepas aku cakap macam tu, aku bagi kad perniagaan dan sempat cakap lagi, kalau nak buat website, blog, review artikel , banner, bunting streamer boleh hubungi saya. Usaha lah dan buat pelaburan, insyaallah, ada rezeki dan tuhan sentiasa bantu, selebihnya tawakal.

Aku percaya dengan kebolehan diri aku, dan aku begitu meminati dengan segala yang berasaskan knowledge economy, ini pun merupakan suatu pelaburan, iaitu ILMU, belajar dan terus belajar, carilah ilmu sebanyak yang boleh, bila ada ilmu, barulah perniagaan maju. 

2 comments:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.