Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE Biznes Bakeri SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, October 30, 2016

Lupa Segala Masalah

Terasa bersemangat lain macam bila nak mula kerja, yelah 14 hari tidak masuk pejabat, ada orang cakap, bila ke sesuatu tempat dan jauh dari suasana persekitaran kerja, kita akan lupa sekejap beban dan kesibukan di pejabat, dapat lah relax dan lupa segala masalah. Tapi aku, terus lupa, tak ingat langsung pasal kerja!...haha lupa password server, lupa password laptop dan everything all about work that other people ask, very slow to deliver the information. haha

Apa pun, esok aku dah mula kerja..tak sabar nak mula bekerja...hehe silap silap, esok dah apply kursus yang baru..hahahaha

Tuesday, October 25, 2016

Rasa Sayang Pula Nak Tukar

Sebagai pekerja kerajaan bertaraf tetap, aku ada menerima borang opsyen penukaran skim F kepada N. Opsyen petukaran skim yang di tawarkan ini, bagi aku ada kelebihan dan kekurangan, dan sebagai anggota yang bertugas di bahagian teknologi maklumat di organisasi aku, rasa sayang pula nak tukar.

Bukan apa, bila terfikir balik, kalau aku masih di skim gred F, sampai la pencen di Bahagian IT je, tak bergerak ke mana mana dan kelebihan kalau aku tukar opsyen ke skim N, lebih luas dan laluan kerjaya lebih mudah. Ada lagi berberapa hari lagi sebelum keputusan akhir di buat, sebelum 30 Oktober 2016.

Berkemungkinan akan berlaku, re-shuffle anggota ke jabatan yang tertentu, dan terfikir juga aku, jika ke jabatan yang sedia bermasalah. Jika re-shuffle berlaku, aku boleh ke mana mana jabatan yang memerlukan, dan tugas sebelum ini iaitu IT akan aku tinggalkan. bye bye...hehe

Monday, October 24, 2016

Macam Mana Nak Periksa Rekod Penggunaan Touch N Go

Kalau korang ada kena pergi mesyuarat di luar stesen (out station) yang jauh, contohnya melaka - kuala lumpur, johor - kedah, mesti korang lalu lebuhraya (highway) kan ? dan kebiasannya mesti di tol (tunai) korang kena bayar, sama ada tunai gunakan plus tol kad, touch n go atau smart tag? 

Kadang kadang aku terfikir dan hari ini baru terbuka hati nak ambil tahu dan daftar, kalau guna smart tag ataupun touch n go, macam mana nak dapatkan rekod bayaran di tol tol yang kita lalui bagi tujuan membuat tuntutan bayaran ataupun bukti sebagai resit.

Kalau guna kad tol tunai yang biasa kita perlu beratur panjang dan lambat, dan melalui kaunter tunai kita boleh mendapatkan resit jika membuat permintaan, minta je kat cashier tol tu kan? tapi bagaimana kalau kita menggunakan kad touch n go ? 

Langkah langkah nya,sila layari di SINI

Sesat Pula Nak Ke Damansara

Alahai..sesat pula nak ke damansara, lebih kurang setahun lebih la tak datang, hehe, kali ni datang sebab ada kursus programming html5 dan javascript. map dia senang je sebenarnya, ikut lebuhraya duke, tapi terbuka waze dari sungai besi, kesudahannya terikut roadmap waze, entah mana mana jalan taman dan laluan belakang di bawa nya aku...aduhai, risau juga di buatnya.

Panik la sekejap, dan sinar mula bertaut bila ternampak signboard ke mont kiara...hati mula berbunga bunga kembali dan akhirnya tiba..lega! hehe. Aku tiba pun lambat..nasib baik penceramah tak bising. cool je..hehe.

Kursus ni berlangsung selama 4 hari, dan penginapan tidak di sediakan, alamatnya kenalah berulang alik ke Melaka...takpe lah ilmu punya pasal! apa sahaja pun bolih.

Wednesday, October 12, 2016

Kembalikan Suasana Seperti Dahulu

Rindu dengan suasana dulu dulu, tenang sahaja, masyarakat nya gembira walaupun dalam keadaan susah (cukup cukup), masih ada pertimbangan, tidak ada permusuhan, tiada pertandingan / persaingan sesama sendiri dan semua kaum hidup harmoni tanpa ada perbezaan ideologi, fahaman, dan politik, aku sempat jugalah merasakan suasana begini, maklumlah aku kan kanak kanak era 80 an. Pada ketika itu juga tiada gadjet smartphone, dan yang ada hanyalah permainan atau sukan seperti ting ting, konda kondi, hantu galah dan bila tiba waktu petang sahaja, ini lah permainan yang aku main bersama rakan rakan dan sepupu. haha

Bila waktu petang, banyak rancangan kartun dan superhero seperti gaban, flashman, maskman, masked rider dan ultraman di siarkan di televisyen dan ada selingan iklan iklan animasi monyet dan kancil, sang buaya dan lain lain, hehe. Ketika di bangku sekolah rendah, aku banyak menghabiskan masa di rumah arwah atok aku di segamat johor, dan selalu berjalan jalan di pekan jementah dan tangkak, memang terbaik waktu itu. Ermm bertapa rindunya suasana itu, yang pasti dan yang tinggal hanyalah kenangan dan aku tidak akan lupakan kenangan terindah ini sampai bila bila.

Sekali Sekala Begini Pun Seronok

Kusut kepala bila kerja di pejabat tengah berlambak, sana sini orang call, buat programming, design. tiba-tiba nama aku terlibat pula ke kursus team building selama 5 hari di pulau langkawi, dan selepas kursus tersebut, aku kena pergi Kuala Lumpur pula ada kursus 4 hari berkenaan HTML 5 programming and Javascript. Kelam kabut juga la dibuatnya bila kena outstation lama macam ni.

Tapi apa nak buat, arahan telah keluar dan kenalah patuh, 5 hari program rehatkan minda, pada mulanya memang aku nak tolak dan gantikan orang lain dan bila aku jumpa urusetia di pengurusan, alasan mereka, "nak minta aku rehatkan otak dari tekanan kerja, bukan suruh buat apa apa pun, suruh pergi rehat pun tak mahu pergi ke?" semua kos di tanggung. wah..seronoknya..bila fikir semula.

Sekali sekala begini pun seronok juga..boleh dapat ilham di sebalik ketenangan alam, siang malam kerja bagai nak gila seperti esok tiada lagi..yey, nak berenang!! Selamat ni pun aku tak pergi mana mana pun..apa lah salahnya! hehe

Sekali sekala begini pun seronok

Sunday, October 09, 2016

Lepaskan Tekanan Kerja

Setelah sekian lama kemarau ikan selepas ikan pari, akhirnya dapat juga ikan senangin, boleh lah daripada takde langsung, rezeki, alhamdulillah. 

siang dan malam..
Sebelum ini dapat juga ikan macam ini, tapi besar sikit, namanya kurau. lihat sini. Ok la ni daripada tiada langsung..senangin pun senangin lah, masak stim pun sedap ni. Alhamdulillah. aku mancing pun sekejap je, saja je nak lepaskan tekanan kerja yang tak sudah sudah, sekali sekala boleh lah ambil angin laut, dan dalam masa yang sama dapat tengok sunset (senja),memang terbaik ciptaan Tuhan. Nyaman dan tenang je, putaran waktu, ada pasang dan surut, siang dan malam.

Berpasang pasangan, macam tu juga kita, lelaki dan perempuan, saling bergantung antara satu sama lain. Seronok melihat suasana waktu senja.