Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, October 12, 2016

Kembalikan Suasana Seperti Dahulu

Rindu dengan suasana dulu dulu, tenang sahaja, masyarakat nya gembira walaupun dalam keadaan susah (cukup cukup), masih ada pertimbangan, tidak ada permusuhan, tiada pertandingan / persaingan sesama sendiri dan semua kaum hidup harmoni tanpa ada perbezaan ideologi, fahaman, dan politik, aku sempat jugalah merasakan suasana begini, maklumlah aku kan kanak kanak era 80 an. Pada ketika itu juga tiada gadjet smartphone, dan yang ada hanyalah permainan atau sukan seperti ting ting, konda kondi, hantu galah dan bila tiba waktu petang sahaja, ini lah permainan yang aku main bersama rakan rakan dan sepupu. haha

Bila waktu petang, banyak rancangan kartun dan superhero seperti gaban, flashman, maskman, masked rider dan ultraman di siarkan di televisyen dan ada selingan iklan iklan animasi monyet dan kancil, sang buaya dan lain lain, hehe. Ketika di bangku sekolah rendah, aku banyak menghabiskan masa di rumah arwah atok aku di segamat johor, dan selalu berjalan jalan di pekan jementah dan tangkak, memang terbaik waktu itu. Ermm bertapa rindunya suasana itu, yang pasti dan yang tinggal hanyalah kenangan dan aku tidak akan lupakan kenangan terindah ini sampai bila bila.

Kini, masyarakat semakin hilang pertimbangan, tekanan politik membuatkan masyarakat hilang kewarasan, perbezaan ideologi dan fahaman menghancurkan nilai nilai harmoni, Gajet dan teknologi menguasai masyarakat dan fitnah berleluasa.

Kembalikan suasana seperti dahulu, dan bila lihat dan dengar semula cerita cerita lama dan muzik lama seperti P Ramlee, Mr Os, AR Badul, dan yang seangkatan dengannya, aku rindu dan ingin kembali ke zaman itu. Terima kasih kepada pengarah filem seperti Mamat Khalid yang sentiasa mencipta filem yang membawa kembali aku ke zaman hebat waktu aku di bangku sekolah dahulu, filem yang di maksudkan itu ialah seperti Rock oO, dan Rock Bro..! Tak sabar menunggu 27 Oktober ini...hehe

3 comments:

  1. Replies
    1. Salam Cikgu, saya tidak boleh komen di blog cikgu...tidak tahu lah kenapa..

      Delete
  2. zaman sekarang terlalu mengejar wang ringgit =(

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.