Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, October 12, 2016

Sekali Sekala Begini Pun Seronok

Kusut kepala bila kerja di pejabat tengah berlambak, sana sini orang call, buat programming, design. tiba-tiba nama aku terlibat pula ke kursus team building selama 5 hari di pulau langkawi, dan selepas kursus tersebut, aku kena pergi Kuala Lumpur pula ada kursus 4 hari berkenaan HTML 5 programming and Javascript. Kelam kabut juga la dibuatnya bila kena outstation lama macam ni.

Tapi apa nak buat, arahan telah keluar dan kenalah patuh, 5 hari program rehatkan minda, pada mulanya memang aku nak tolak dan gantikan orang lain dan bila aku jumpa urusetia di pengurusan, alasan mereka, "nak minta aku rehatkan otak dari tekanan kerja, bukan suruh buat apa apa pun, suruh pergi rehat pun tak mahu pergi ke?" semua kos di tanggung. wah..seronoknya..bila fikir semula.

Sekali sekala begini pun seronok juga..boleh dapat ilham di sebalik ketenangan alam, siang malam kerja bagai nak gila seperti esok tiada lagi..yey, nak berenang!! Selamat ni pun aku tak pergi mana mana pun..apa lah salahnya! hehe

Sekali sekala begini pun seronok

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.