Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Thursday, November 10, 2016

5 Tips Untuk Menguatkan Ingatan

Aku menulis berdasarkan pengalaman yang aku lalui dan menjadi amalan seharian, aku nak kongsi kan 5 tips untuk menguatkan ingatan.

Mungkin korang ada petua dan amalan yang lain. Ada tips yang aku perolehi daripada individu individu, seingat aku lah, masa di darjah 6 dahulu, cikgu agama aku ada memberitahu 1 tips ini sebelum aku menduduki peperiksaan iaitu jangan melihat tahi, tapi biasalah, kalau kita amalkan tips tapi dalam masa yang sama, tak membaca buku pun, apa lah gunanya kan.

Mari kita lihat tips untuk menguatkan ingatan. 


5 Tips untuk menguatkan ingatan.

1) Jangan melihat najis (tahi). 

Tips ni ada relevan nya, kerana najis adalah sesuatu benda yang kotor dan kurangkan lah merenung terlalu lama boleh merosakkan dan melemahkan otak

2) Gosok Gigi

Sentiasa gosok gigi dan jadikan lah rutin, pagi, petang dan sebelum tidur. Jadikan amalan harian, dan yang paling penting, sentiasa di dalam keadaan yang bersih.

3) Jangan menonton video lucah.

Perkara ini boleh melalaikan dan sudah tentu hukumnya haram, hal yang terlarang sebegini boleh menumpulkan ingatan kita seterusnya membawa kita ke lembah maksiat.

4) Jangan melihat darah dan menyaksikan tragedi pendarahan.

Kalau boleh elakkan dari menonton sesuatu perkara yang banyak membabitkan pendarahan, boleh melemahkan ingatan kita sebenarnya. Di televisyen kini, banyak memaparkan filem filem yang boleh melemahkan otak. Maka berhati hati lah rakan rakan sekalian.

5) Jangan melihat warna merah jambu

Haha yang ini, tidak pasti lah, tapi semasa aku belajar di peringkat diploma sebelum ini, ada seorang lecturer beritahu, warna yang boleh melemahkan otak ialah warna pink (merah jambu), jadi jangan terlalu lama melihat warna tersebut.

Ini lah beberapa Tips untuk menguatkan ingatan yang sempat aku kongsikan, terpulang lah kepada kalian semua, sesungguhnya yang buruk itu daripada aku, dan yang baik itu daripada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi