Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Wednesday, November 30, 2016

Semakin Berisi Semakin Menunduk

Pada 24-28 Oktober 2016, yang lalu, aku menghadiri kelas Pengaturcaraan HTML 5 & Javascript di Area Mont Kiara, Damansara Kuala Lumpur, memang seronok hadir ke kelas ilmu ini, banyak ilmu yang aku dapat, walaupun memeningkan kepala.

Kali ini penyertaan tiada certificate di perolehi, sebab kalau course yang sama sebelum ini, kalau 40 orang yang menyertai, bila masa exam, hanya 3-4 orang sahaja yang lulus dan terima certificate, so, untuk menjaga KPI syarikat dan tenaga pengajar, elok lah di hentikan sementara bagi pemberiaan certificate. 

Agak susah sikit untuk yang part Javascript tu, walaupun aku ada asas HTML. Di penghujung sesi akhir kelas (hari kelima), ada sedikit ucapan penutup, dan aku tertarik dengan ucapan akhir itu dari penganjur program.


"Anda ada ilmu pengetahuan, janganlah merendah diri terlebih lebih, you must proud with yourself, kalau berjalan di luar, jalan tegak dan tegap, tidak pula menyombong, dan tidak pula rendah diri, janganlah jalan menunduk pandang ke bawah, cuba lah tegap dan tegak sikit, sebab apa? Sebab kamu ada (knowledge) pengetahuan yang orang lain tiada itu semua "

Begitulah,  antara petikan ucapan darinya, aku suka dengan ayat ucapan tu, wah, bangga nya aku, apa apa pun walau apa sekalipun, janganlah lokek dan sombong dengan ilmu yang ada, jadilah seperti resmi padi, semakin berisi semakin menunduk

Kadang kadang untuk mencari ilmu yang berguna, memerlukan sedikit wang dan masa untuk memperolehi ilmu tersebut, dan sebenarnya jika (kalau)  memerlukan kita mengajar ilmu tersebut secara percuma dengan orang lain (rakan rakan, keluarga), sebenarnya ilmu itu tidak akan habis, malah makin bertambah tambah. Dan banyak keuntunggannya, dalam masa yang sama dapat pahala sepanjang hayat!  tak mahu ke? Kenapa perlu lokek ? takut perniagaan musnah ? Tak percaya pada rezeki qada dan qadar ?

1 comment:

  1. Assalamualaikum Bro Safirul,

    Kalau ada kelas sebegini nanti bolehlah roger MYiDEAKiNi nanti yer, sbb mmg dah lama teringin nak join kelas untuk mantapkan lagi ilmu HTML & Javascript. Terima kasih :)

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.