Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Friday, November 11, 2016

Tiada Yang Ke Empat Dan Terakhir

Bila tengok cerita rock bro, rasa rindu pula suasana di awal tahun 90 an, segala permandangan suasana di masa itu, tenang dan tiada teknologi smartphone dan gajet. Tahniah kepada pengarah filem Mamat Khalid kerana mengembalikan semula kenangan indah itu.

Bagi episod kali ini yang mana tiada yang keempat dan terakhir, jalan cerita nya mengenai perjalanan sebuah ahli kumpulan rock rimba bara yang berakhir dengan tragedi, tidak macam artis di zaman sekarang, tiada semangat perjuangan dan tiada seni, jika dulu, perjuangan dalam mengembangkan bakat dan muzik rock di utamakan walaupun bayaran yang di perolehi tidak banyak, yang penting kepuasan dalam menyampaikan mesej dan muzik.

Banyak mesej yang cuba nak di sampaikan di dalam cerita ini, tapi tadi ada budak hingusan praktikal bagitahu aku, bang, url download cerita rock bro dan ada, tapi tak jelas gambarnya, abang nak download? Hah..memang kena maki lah jawab nya! aku pun reply balik dengan budak tu, macam mana la orang melayu nak untung, kalau ada orang macam kau! Tolonglah orang kita..apa lah salahnya keluarkan sikit duit pergi tengok wayang.


Dah la taknak keluarkan duit, lepas tu kau nak yang fully HD..macam ni punya orang pun ada ka? Kalau nak dapatkan sesuatu baik, dapatkan lah dengan cara yang baik. Apa apa pun, cerita rock bro memang terbaik, semua pelakon memainkan watak masing masing, dan banyak karektor dapat kita lihat.

Yang paling kelakar, black kena buatan orang dan zul kapan tetiba mendapat panggilan ilahi tetiba nak pergi haji, sebelum konsert bermula..Kepada korang yang masih belum tengok, tengok lah, comfirm puas hati!

2 comments:

  1. Saya dah baca,

    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. banyak komen positif ya mengenai filem ini...boleh lah cuba tengok nanti =)

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi