Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Wednesday, December 14, 2016

5 Kelebihan Pergi Kerja Awal

Esok aku nak bangun awal pergi kerja, seawal yang boleh, sebab banyak urusan yang perlu di selesaikan, khususnya bila nak tiba penghujung tahun, nak isi markah (Sasaran Kerja Tahunan) SKT staff dan selesaikan surat menyurat & dokumen yang penting, maka pokoknya, kenalah bangun awal kan ? banyak kelebihan bangun awal. haha

Sekarang ni musim cuti sekolah, ok lah lagi, tak terlalu sesak, dan suasana akan sesak melampau bila waktu persekolahan awal tahun tiba, masa tu, memang sesak, kalau keluar pukul 8.00 pagi, alamatnya pukul 9.00 pagi lah baru lah tiba pejabat.

Bila lambat ke tempat kerja, semuannya perbuatan akan jadi kelam kabut, terutamanya semasa memandu, mula lah, nak salahkan kereta di hadapan slow lah, lori bawa lambat lah, itu lah ini lah, itu alasan yang tak munasabah, sebab kelewatan boleh di atasi, jika kita keluar lebih awal dari kebiasaannya.

5 kelebihan pergi kerja awal,  ialah seperti :

1) Jalan raya tidak sesak, trafik menjadi lancar.
2) Tidak tergopoh gapah dalam melakukan sesuatu
3) Sempat breakfast (Sarapan Pagi)
4) Sentiasa bersedia berhadapan dengan tekanan
5) Semakin bersemangat untuk melaksanakan tugas

Biasanya, kalau bangun lewat, sudah semestinya kita tidak sempat brakfast, dan akhirnya prestasi kerja semakin tidak produktif dan menurun, sebab, tidak sempat bersarapan pagi. Bila kita bangun awal, bermakna kita telah bersedia untuk melakukan sebarang aktiviti, dan boleh merehatkan minda terlebih dahulu sebelum memulakan tugas, kerana sepanjang perjalanan, tiada masalah dengan kesesakan jalan dan tenang.

Bila jalan raya sesak, secara tidak langsung akan melahirkan perasaan yang marah, tidak tenteram, kelam kabut serta boleh mengundang kemarahan pengguna jalan raya yang lain, korang bayangkan, kata kata itukan suatu doa, kalau 44 orang di jalan raya, meyumpah seranah anda dengan panggilan tidak sepatutnya, apa akan jadi pada anda ? Jangan main main dengan sumpahan orang.

Itu lah di atas, 5 kelebihan pergi kerja awal.

DAPATKAN SISTEM APLIKASI BUAT DUIT DARI INTERNET

Sebelum tidur, seeloknya baca lah doa tidur terlebih dahulu, korang tahu tak doa sebelum tidur ? Aku takde lah terer bab agama ni, tapi sekadar mengingati, mungkin doa tidur dan doa makan je yang aku tahu kot, doa yang lain ? Ermm kelaut, insyallah, kalau hafal, amal dan membaca, lama lama boleh lah ingat.

بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ


Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan aku mati.

Dan bila ada sebelum, mestilah ada selepas kan ? Dan kemudian bila bangun, baca doa ketika bangun dari tidur di bawah ini :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ


Ertinya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan

Sebenarnya, ada juga yang mengatakan, seelok eloknya, baca lah ayat 3 Qul, dan ayat kursi sebelum tidur, bagi menghindarkan dari sebarang gangguan semasa tidur. Insyaallah, dengan niat suci murni esok bila buka mata je dan bersiap siap, niat nak cari rezeki untuk keluarga, moga di permudahkan dan harap harap semuannya berjalan dengan lancar.

4 comments:

  1. Saya pun suka bangun awal utk pergi kerja & try balik awal. Sebab selalunya kalau dtg awal rasa fresh & byk kerja boleh settle. So, bolehla blk awal sblm peak hour ;p

    ReplyDelete
  2. masa kerja dulu memang selalu dtg awal, dlm 7.30pg dah tercongok kat ofis

    ReplyDelete
  3. Setuju datang awal bekerja kita akan lebih happy dan steady. Takdelah kelam-kabut pastu semua benda tak jadi

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi