Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Thursday, December 15, 2016

Anugerah Pekerja Cemerlang

Pedulikan kata kata orang mengenai kita, tidak mengapa kalau orang tak hargai usaha yang kita lakukan selama ini, suatu hari nanti, pasti usaha kita selama ini akan di hargai, cuma cepat atau lambat. Politik di organisasi itu perkara biasa, siapa yang pandai bodek, pandai berkata kata banyak cakap, itu lah yang di sanjung dan di julang, sedangkan masih ada yang benar benar layak untuk mendapat pengiktirafan seperti anugerah pekerja cemerlang, namun di ketepikan begitu sahaja atas sebab sebab yang tak munasabah.

Aku selalu berhadapan dengan situasi seperti ini, ramai staff yang produktiviti nya merundum jatuh di sebabkan sikap berat sebelah pengurusan atasan. Orang atasan, seolah olah buta mata hati dalam menilai kakitangan mereka, seelok eloknya diberikan penghargaan mengikut giliran mahupun berdasarkan kepada seniority , bukannya pada bertapa hebatnya berkata kata seperti orang politik, tapi isi kosong macam tin kosong, tanpa ada sebarang tindakan dan pencapaian.

Necklaces from $1.99 Shop Now

Penghargaan Ini sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan moral pada mereka supaya lebih bersemangat bekerja, dan sebagai penanda aras kepada yang lebih baik agar di jadikan panduan kepada kakitangan yang lain. At least kakitangan yang lama bekerja, dia tahu selok belok dan berkemungkinan telah mahir dengan tugasan mereka, cuma berberapa kesilapan kecil itu, boleh di atasi. Nama pun manusia, mestilah ada buat kesilapan.

Orang yang hebat, bila bercakap, selari dengan tindakan. Bos yang bagus, sentiasa guide kakitangan nya dan mengamalkan make others important . Kepada yang rasa terkilan kecewa dengan sikap organisasi sebegini,  bersabarlah dan kerja seperti  biasa, seperti tiada apa yang berlaku,  insyaallah, kejayaan dan pengiktirafan itu pasti menyusul kelak.


Tambah ilmu sebanyak yang mungkin, tanpa ilmu siapa lah kita. Bersabarlah. Ingat People who make no mistake will get promoted!.Haa

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.