Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Thursday, December 15, 2016

Banyak Undangan Jemputan Perkahwinan

Hujung minggu ini, banyak undangan jemputan perkahwinan dan kenduri akikah di buat, memang tak menang tangan kalau nak pergi satu persatu, tapi orang dah menjemput kan, wajib hadir, kalau tak dapat hadir, kena beritahu secara lisan. Maaflah, sebab minggu ini memang aku tidak dapat nak menghadiri undangan jemputan dan kenduri sebab ada kerja penting yang perlu di uruskan.

Namun begitu, untuk mengelakkan rakan rakan yang menjemput berkecil hati, terpaksa lah memberitahu situasi keadaan aku yang sebenar, memang tak dapat nak di elakkan.  Entah kenapa mereka nak aku hadir sangat, eh dah macam ahli yang berhormat (YB) kawasan pula. hehe.

Apa pun, sempat memberikan kiriman wang sebagai sedekah aku kepada anak yang baru lahir dan kepada pasangan pengantin baharu. Semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya. Untuk makluman Aku memang jarang pergi ke majlis majlis perkahwinan walaupun di jemput, hanya kirim duit dan hadiah sahaja.


The gift of music available on Lazada MY get it now!

Biasanya hujung tahun begini, memang banyak majlis perkahwinan dilangsungkan, bak kata orang, "tutup buku 2016". Mengikut kalendar barat, lebih kurang dua minggu kita akan ke tahun yang baru, semakin bertambah usia kita, sekejap sahaja masa berlalu, usia sentiasa meningkat, dan itu bermakna semakin dekat lah kita dengan kematian. Sudah bersiap sediakah kita ?

Harap Maaf, kerana tidak dapat memenuhi undangan jemputan kenduri dan perkahwinan. 

4 comments:

  1. Biasa la musim cuti sekolah n hujung minggu, memang byk jemputan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hujung2 tahun ni mmg bnyk la undangan. hehe

    ReplyDelete
  3. jemputan siap double, tkerjar2 nk pi.. musim cuti sklh kan..

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.