Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, December 04, 2016

Cara Cara Membuat Redirect Page

Jika anda membuat artikel / entri terbaru dan kemudian 'terpadam' kerana di sebabkan perkara perkara tertentu atau hal yang tidak dapat di elakkan, tetapi di bloglist rakan rakan telah update tajuk artikel, apabila pengunjung tekan pada url tersebut, akan keluar perkataan seperti Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist. Ini akan membuatkan pengunjung blog berasa kecewa dan berkemungkinan tidak akan mengunjung lagi blog anda. 

Untuk memastikan reputasi blog anda dalam keadaan yang memuaskan, anda bolehlah melaksanakan fungsi redirect page, ini secara tidak langsung akan mengurangkan sedikit rasa kecewa orang yang mengunjungi blog anda. Terubat lah sikit, bolehlah daripada tiada langsung kan? At least, keluar lah juga page artikel, walaupun homepage, dari tetiba keluar kosong je dan ada ayat seperti Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.  Apa penyelesaiannya ? Penyelesaiannya anda perlu membuat redirect page.

Cara cara membuat redirect page ke homepage, seperti di bawah ini ;

1) Pergi ke Setting, search preferences dan kemudian cari Errors and Redirections. (lihat gambar 1 di bawah)

Errors and Redirections
Gambar 1
 
2) Selepas itu cari Custom Page Not Found (lihat gambar 1 di atas), dan tekan Edit.

3) Selepas menekan Edit, anda akan mendapati kotak (textarea) seperti gambar 2 di bawah di paparkan.
Errors and Redirections
Gambar 2
4) Di dalam kotak kosong tersebut, sila masukkan / salin coding di bawah ini (Klik url di bawah untuk mendapatkan coding) :

http://pastebin.com/raw/a0BesvLq

Maksudnya, Page Not Found di blog anda,  akan membawa pengunjung blog secara automatik ke laman utama anda. Selamat mencuba. Untuk makluman, Jika article / page not found, kerana bloggers memadam artikel mereka, sebenarnya memberi kesan / errror seperti broken link di website / blog anda.

Bukan sahaja memberi kesan kepada tuan punya blog itu sendiri, malah memberi kesan buruk juga kepada mana mana blog yang meletakkan blog bermasalah artikel not found itu di blog list mereka. Sebelum meletakkan url blog, di bloglist anda, lihat prestasi blog itu terlebih dahulu, jangan sampai memberi error (broken link) kepada blog anda.

Errors and Redirections
Gambar 3
Berikut ialah hasil semakan, broken link problem di blog saya. Error 404. Untuk semak broken link , sila ke www.brokenlinkcheck.com

Kurung Najwa

5 comments:

  1. wah..bagus ni. terima kasih cikgu. hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahh thks safirul.. Nnti unni try on kat lp..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ilmu =)

    ReplyDelete
  4. now i know. thanks for the tutorial!

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.