Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, December 29, 2016

Cara Cara Nak Install Font

Tutorial kali ini berkenaan cara cara nak installs font di Laptop atau di komputer korang. Sebagai pereka grafik, ini perkara biasa, di mana untuk memenuhi permintaan client yang berbagai bagai karenah dan ragam, nak font yang macam ni lah, itu lah, tapi bila sebut nama font, tak tahu..haha, pandai pandai lah korang cari jenis font seperti yang di kehendaki.

Untuk memuat turun font di komputer, korang boleh pergi ke Dafonts , bila sudah buka, kamu akan lihat seperti paparan di gambar 1 di bawah ;

cara cara nak installs font
Gambar 1
Di dalam dafonts ada berbagai jenis font boleh di dapati, sebagai contoh ada yang jenis fancy, decorative, basic, script, dan kalau korang nak buat jenis ayat yang seram atau bloody, korang boleh guna yang jenis gothic..tekan sekali dan akan keluar berbagai bagai jenis font mengikut kategori yang di pilih. Seperti biasa, (rujuk gambar 1), jika ingin muat turun font tersebut, di sebelah kanan hujung, terdapat butang download, sila tekan butang download tersebut...


Selepas tekan butang download, paparan seperti di gambar 2 di bawah akan di paparkan, kebiasaannya, akan di compress kan kepada format zip file, anda pilih save file, kemudian..tekan butang OK.

Cara cara nak install font
Gambar 2
Selesai langkah untuk memuat turun font dari Dafonts....selepas memuat turun..anda perlu extract file tersebut...(rujuk gambar 3 dibawah). Cara cara untuk extract file..right click mouse...kemudian..extract file.
 
Cara cara nak install font
Gambar 3
Selepas extract file...(lihat gambar 4 di bawah), cari folder font tersebut...dan biasanya di dalam setiap folder terdapat banyak format file...korang hanya perlu cari font format seperti True Type Font File sahaja. biasanya atau kadang kadang True Type Font File lebih dari satu, apa yang anda perlu buat, ialah copy file tersebut....(right click) --> copy

Cara cara nak install font
Gambar 4
Selepas copy format file tersebut...pergi ke control panel...kemudian cari Appearance and Personalization, kemudian cari FONT..

Cara cara nak install font
Gambar 5
Selepas tekan pada FONT..paste file format yang True Type Font File anda copy sebelum ini, kedalam FONT...(rujuk gambar 6 di bawah).

Cara cara nak install font
Gambar 6
Selepas laksanakan PASTE...SELESAI....sekarang anda telah boleh menggunakan font yang anda minat....sama ada di dalam microsoft word, adobe illustrator, paint mahupun di dalam Adobe Photoshop...sebagai contoh lihat gambar 7 di bawah.

Cara cara nak install font
Gambar 7
Beginilah Cara cara nak install font di komputer atau di dalam laptop korang. Korang boleh rujuk artikel bagaimana install font sebelum ini, bagi versi windows 7,sebagai contoh, kalau korang nak install font jawi..chiness ataupun bahasa tamil, TANPA PERLU DOWNLOAD DI DAFONTS.

BUAT DUIT DARI INTERNET DENGAN MUDAH

http://www.safirulamar.com/2014/09/install-font-cara-mudah-tanpa-perlu.html

Selamat mencuba..dan semoga berjaya.

5 comments:

  1. Alhamdulillah...ada cara dah nak tukar font yang ada. Terima kasih. Sangat-sangat berguna.

    ReplyDelete
  2. Asalam Saf..infor yang baik..terima kasih ya

    ReplyDelete
  3. lea pown selalu donlot kat Dafont.. mudah...

    ReplyDelete
  4. terima kasih..sangat berguna dan bermanfaat bro :)

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.