Semasa kecil, ketika di darjah persekolahan pada 21 tahun yang lalu, selalu keluar naik basikal bersama rakan rakan dan sepupu, pergi sahaja ke mana destinasi yang hendak di tuju, tapi dengan syarat, kena balik sebelum pukul 7.00 petang, kalau balik selepas jam 7 petang, alamat nya kena sebat dengan emak.

Setiap kali perjalanan, kami akan bernyanyi, dan singgah berehat di mana mana lokasi yang sesuai dan melakukan 'aktiviti' sampingan. haha, korang nak tahu apa aktiviti tu? aktiviti nya ialah menanam pokok, dengan harapan setiap kali kitorang lalu, semakin besar dan tinggi. Maknanya, kerap juga lah aktiviti kami keluar bersiar siar menaiki basikal, terutamanya ketika di hujung minggu. Masa tu, whats app, dan handphone kami tak guna, kalau ada handphone, pun nokia butterfly, ada game snake dan snow skies. Itu pun kami dah bahagia.

Agak agaknya sudah besar ke pokok yang kami tanam ataupun telah mati di timbus oleh tanah kesan dari hakisan atau tenggelam kerana projek pembangunan yang rakus dan haloba ? Rindu bila teringat kenangan di zaman dulu dulu, andai dapat aku undurkan masa, aku nak kembali di tahun 1994.

Jadi teringat bila terbaca artikel berkenaan Cara mudah mendapat pahala berterusan. Antara cara caranya ialah seperti , Membina Masjid untuk kegunaan orang ramai dalam bersolat , Memberi ilmu pengetahuan, Menanam pokok , Bersedekah. Inshaallah, moga urusan kita selepas itu di permudahkan.

Cara mudah mendapat pahala berterusan
Credit : Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/419363/jabatan-perhutanan-agih-2000-pokok-nadir-percuma

Itulah cara mudah untuk mendapat pahala yang berterusan walaupun kita telah meninggal. Ada hadis dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad bersabda, "Apabila mati anak adam maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan doa anak yang soleh"

Bab yang tanam pokok itu, ada terbaca artikel, jika kita menanam pokok dan pokok itu dapat memberi manfaat kepada manusia dan haiwan untuk berteduh, dan mengeluarkan hasil untuk di makan dan membantu orang orang yang memerlukan makanan, insyaallah dapatlah pahala. Begitulah Cara mudah mendapat pahala berterusan. Semoga urusan kita di permudahkan oleh Nya, sesungguhnya yang buruk itu daripada aku, dan yang baik itu dari Allah.

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. betul tu, senang je nk dpat pahala ni kalau kita pndai manfaatkan.. nice sharing safirul :)

    BalasHapus
  2. kita ni lebih cenderung buat dosa sedangkan nk cari pahala mudah...

    BalasHapus
  3. Betul juga kan.. Menanam pokok juga dapat memberi pahala percuma untuk kita.

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.