Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Thursday, December 15, 2016

Lima Cara Untuk Hidup Bahagia

Asyik nak serius je bila menulis, sekali sekala, kena ada lawak jenaka pula lah kan? baru lah seimbang, dapat mesej ini dari satu group whats app, yang boleh mengundang kemarahan bagi mak mak dara bila membaca. Haha

Lima cara untuk hidup bahagia seumur hidup dengan isteri ialah :

1) Carilah calon isteri yang sanggup menjaga anda sepanjang hayatnya.
2) Carilah seorang isteri yang sentiasa menantikan kepulangan anda di depan pintu rumah.
3) Carilah seorang isteri yang menyayangi anda seadanya tanpa memikirkan duniawi.
4) Carilah seorang isteri yang sanggup sehidup semati dengan anda.
5) Akhir sekali, pastikan ke empat empat isteri tersebut tidak mengenali antara satu sama lain.



  Get a Luxury Trip for 2 purchase of Bosch Home Appliance

Itu lah Lima cara untuk hidup bahagia seumur hidup dengan isteri. Bila baca mesej ini di group whats app, tersenyum aku, ada sahaja ayat yang di reka, entah apa tujuan pun tak tahu, mungkin hanya sekadar berlawak, maklumlah bila tengah bulan, semua muka ketat dan masam je, kan ? Senyum lah sikit, walaupun pahit. 

Menurut saidina Ali bin Abi Talib, kunci kebahagiaan hidup ada 7 perkara iaitu:

1. Jangan membenci sesiapapun walau ada yang menyalahi hakmu
2. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin
3. Jangan pernah bersedih keterlaluan walaupun masalahmu sedang memuncak
4. Perbanyakkanlah memberi walaupun kamu sedang susah
5. Hiduplah dalam kesederhanaan walaupun kamu serba ada
6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis
7.  Berbuatlah kebaikan meskipun banyak musibah

Apa pun, kebahagiaan yang sebenarnya, setiap pasangan harus sentiasa, tolenrasi, bantu membantu, faham dan memahami, dan menghormati keluarga dan pasangan masing masing. Yang baik jadi kan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

2 comments:

  1. Replies
    1. Agree yg ni keee unni

      Lima cara untuk hidup bahagia seumur hidup dengan isteri ialah :

      1) Carilah calon isteri yang sanggup menjaga anda sepanjang hayatnya.
      2) Carilah seorang isteri yang sentiasa menantikan kepulangan anda di depan pintu rumah.
      3) Carilah seorang isteri yang menyayangi anda seadanya tanpa memikirkan duniawi.
      4) Carilah seorang isteri yang sanggup sehidup semati dengan anda.
      5) Akhir sekali, pastikan ke empat empat isteri tersebut tidak mengenali antara satu sama lain.

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.