Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Sunday, December 11, 2016

Perut Lapar Terus Jadi Kenyang

Bengang betul kalau dapat kedai makan macam ini, tak nak ambil order! tunggu punya lah lama, tukang ambil pesanan dah nampak , tapi buat tak tahu je, nak kena panggil baru datang kot..eh, siapa yang berniaga ni? Sepatutnya mereka lah cari pelanggan. Untung la ada orang datang kedai, daripada takde pelanggan yang datang. Dari lapar terus jadi kenyang di Kedai Makan Qasreena Cafe , sebab banyak makan angin.

Takde pelanggan takde la gaji korang, dah la tunggu lama, lepas tu terus papar tanda close walaupun jam di tangan baru pukul 9 malam, eh habistu orang macam aku yang tengah tunggu ni, meja ke? Kucing ? Atau kerusi ? ...langsung takde budi bahasa lah pekerja kedai makan di sini. At least, datang dan beritahu la.


Lain kali, biar meja kurang, tak perlu lah letak meja dan kerusi sampai tengah jalan, luar kedai letak meja tambahan, selagi ada tempat selagi tulah nak letak meja kerusi...tapi tak nampak orang yang datang, banyak kedai makan yang begini, letak berpuluh meja di luar kedai..lepas tu tak nampak customer datang..susah lah macam ini oiii. Matilah nak kalau macam ini.

Itulah kedai makan Qasreena Cafe. Makanan sedap dan boleh tahan, tapi Service Out. Perut lapar terus jadi kenyang. Aku kalau datang kedai makan, suka duduk luar kedai, sebabnya aku senang nak hisap rokok, tak nak ganggu orang di dalam, takut ada orang yang tak selesa dan mungkin ada yang bawa kanak kanak dan bayi.

Kedai Makan Qasreena Cafe ni memang popular di Melaka, menu terbaik dan sedap ialah Mee Racun dan Nasi Goreng Shah Rukh Khan. Ingat ahli politik je yang macam ni perangainya, kena panggil baru datang! , kedai makan pun macam ni juga.

Kadang kadang ada baik nya juga makan angin, ini lah namanya kedai makan angin..best oo..Perut lapar terus jadi kenyang, bukan sabotaj atau nak menjatuhkan perniagaan, bukan fantasi tapi realiti yang terjadi pada aku. Berubah lah Kedai Makan Qasreena Cafe, sebelum parah.

Untuk makluman korang, Qasreena Cafe ni terletak di Taman Puncak, Bukit Katil Melaka, berhampiran dengan ILP Bukit Katil Melaka.

Qasreena Cafe Melaka

Qasreena Cafe Melaka


Kepada yang masih belum datang lagi ke Kedai Makan Qasreena Cafe dan ingin merasai menu yang sedap-sedap di Qasreena Cafe, datang la ..lebih kurang anggaran dalam 6 km dari Tol Ayer Keroh. Antara Menu yang menarik di Qasreena Cafe ni ialah seperti Sambal Sardin, Mee Racun, Nasi goreng, Western Food, dan 'angin' .

BUAT DUIT DARI INTERNET DENGAN MUDAH

7 comments:

  1. Sama kes macam bro Hasrul Hassan ni..boleh baca dekat sini
    bro http://www.hasrulhassan.com/2016/03/menu-unik-qasreena-cafe-bukit-katil.html

    ReplyDelete
  2. sayanglah kalau camtu, bukan senang nak biz kan, jadi kenalah buat betul2

    ReplyDelete
  3. Dah jumpa direct manager kedai? Atau toke kedai dan komplain..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa nanti makin bertambah sakit hati...kalau tauke yg bagus...anak buah pun bagus..kalau mengadu komplen pun..perut makin bertambah lapar..bila lapar..nnti luar kawalan pula

      Delete
  4. Hadoii teruk betul pengurusan.. Time perut lapar, jadik pulak camni memang hangis satu badan..

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya, revise la SOP kerja depa. Banyak je restoran yang saya pernah pergi, orangnya sangatlah ramai tetapi servis tip top. Amik order laju, masak pun xde la lama sgt. Kadangkala sebab rasa comfort sangat tu yang dia buat tak tau. Satu hari bila orang semua meluat baru dia tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye bro..kebetulan berada di area situ..ingat nak isi perut .sekali....ermm

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.