Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, December 20, 2016

Seksa Bila Hidup Tanpa Handphone

Aku punya data internet dan digi 'No Service' simkad problem, pening kepala, tak tahulah kenapa jadi begini, aku nak ke digi center lah tanya kenapa sim kad tak detect, sebab mereka kata kemungkinan sim kad rosak. Alahai, bila hujung tahun semua kad nak kena tukar, termasuk sim kad handphone ke ?

Seksa bila hidup tanpa handphone kan..kalau dulu, takde handphone, di mana mana ada public phone, sekarang ni, yang ada hanya tiang public phone sahaja...tempat mendail nya entah kemana...

Aku tutup mobile data sebab ada kerja di Batam, Indonesia selama 4 hari, dan kebetulan bercuti sekali bersama keluarga, dengan harapan setibanya di Batam indonesia, hanya connect wifi hotel sahaja, malas nak beli sim kad indonesia, sebab macam tak berbaloi, 4 hari je pun, bukannya 1 bulan di sana. Bila sampai malaysia sahaja, lega! happy semacam!  tapi sim kad pula tak detect..pening juga sebab hidup tanpa handphone kan ? kalau tiada internet pun tak apa lah, masalahnya sim kad problem, nak call out dan terima panggilan pun tak boleh..kalau emergency, masalah pula nanti.

Ingat bila tutup data internet, dapat lah jimat dari roaming, karang tak pasal pasal, bil tinggi pula kan? Aku fikir handphone masalah, rupa rupanya Sim kad yang problem...alahai.

Bila tanya digi centre, kena tukar dan sim kad sudah rosak, dah bertahun guna sim kad ni, kena tukar rupanya selepas itu, terus ok handphone aku..haha..kos tukar, sim kad di digi ialah rm10.60 sen, kena bawa Kad Pengenalan untuk pengesahan.

Seksa bila hidup tanpa handphone. Macam duduk dalam gua batu di zaman mesolitik.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.