Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Saturday, December 10, 2016

Ternampak Sesuatu Yang Aneh Tergantung

Setiap kali, aku lalu di kawasan berhampiran kedai ini, macam terpanggil nak makan ke kedai makan tu, macam ada sesuatu yang sedap perlu di rasa di kedai makan tersebut, akhirnya, aku tewas dan pergi makan di situ, keinginan ke situ sangat kuat. Dalam hati berkata, kalau sedap datang lagi, kalau tak sedap, tak payah lah datang lagi.

"4 Simple Steps: How your TGV movie tickets can win you a brand new car this month"

Kali pertama aku datang,  aku memesan mee goreng, dan ternyata sangat sedap dan menyelerakan, dan kali kedua datang di sebelah malam pula, aku cuba makan western food lamb chop, peh! sedap dan terbaik lah! 

Lepas makan, aku panggil kira untuk bayar, dan berjalan terus ke arah kereta, semasa di dalam kereta, aku ternampak sesuatu yang aneh tergantung di pokok betul betul di jalan masuk ke kedai itu. Ada sesuatu berwarna putih tergantung, macam patung pun ada, ah...bersangka baik lah. Entah siapa budak nakal yang gantung patung di situ.


Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, banyak perkara yang bermain di fikiran, pasal benda tergantung tu, di fikiran aku, terfikir sama ada oebjek yang tergantung berwarna putih itu ialah pelaris kedai makan ataupun pekerjaan budak nakal untuk menyakat ? 

objek yang tergantung
 
Lepas korang datang makan, mesti nak repeat lagi wei, boleh tahan lah masakan kedai ni..apa pun benda yang tergantung tu masih lagi dalam tanda tanya..esok aku nak datang balik ke kedai tu, mana tahu, sebenarnya yang aku makan mungkin daun daun kering, atau mungkin kah itu kawasan perkuburan sebenarnya ? ah seram pula..Guna pelaris untuk berniaga ni boleh, asalkan tidak amalkan kaedah yang bertentangan dengan ajaran islam yang mana bersekongkol dengan Jin.

Baju Kurung Najwa
Klik gambar untuk melihat Baju Kurung Najwa dan Baju Muslimah yang lain
Esok nak datang makan lagi lah! ermm apa pendapat korang pasal benda aneh yang tergantung ni, sebab sebelum ni, ada ustaz tunjukkan aku pelaris segi tiga di kedai mamak...ada pula yang guna CD ayat ayat Al Quran...

1 comment:

  1. Nampak macam.. Patung dibalut kain putih macam style ala-ala jepun tu. Reen pun tak tahulah ianya pelaris atau tidak.

    Reen tak ada pengalaman bab benda2 ni. Kena tanya pada yang pakar. Ada dua cara yang mudah.

    Cara pertama, tanya orang kedai benda apa yang tergantung tu?

    Cara kedua, bawa ustaz yang arif tentang perkara sebegini dan selidik atau minta pendapat.

    Hanya cadangan 20 sen dari Reen..

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.