Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Monday, January 11, 2016

Vape on

Aku pun tak faham macam mana kerajaan menilai vape ni, dari sudut mana yang negatif? Kalau ikutkan pemahaman aku sebagai perokok tegar, vape adalah kaedah alternatif terbaik bagi mengurangkan ketagihan merokok, dan alhamdulillah, sekotak rokok (20 batang) aku boleh mengawal selama seminggu, berbanding sebelum kedatangan vape iaitu satu hari 2 kotak rokok (40 batang).

Tapi apa nak di katakan, telah di fatwakan haram oleh majlis agama dan pihak berkuasa, pandangan aku, kegiatan vape ini bagus, yang tak bagus adalah individu yang menyalahgunakan vape seperti memasukkan dadah dan tidak menghormati orang di sekeliling mereka.

Niat aku dalam vape ni, hanyalah untuk mengawal perbelanjaan harian dan nak mengurangkan merokok, itu pada mulanya, apa apa pun pusing sana, pusing sini , terpaksa lah menerima kenyataan di haramkan, rokok yang tengelam timbul haram - makruh, pun orang ramai masih hisap..

Tak dapat bayang kan, macam mana orang boleh kawal kalau rokok di hentikan penjualan....saaaangap! hehe bila berbuka puasa, benda pertama yang di cari adalah ROKOK...haha.

Permulaan yang baik

Aku mengharapkan permulaan yang baik pada tahun 2016, setiap manusia mempunyai azam dan semangat yang baru bila menjelang tahun yang baru, begitu juga aku, aku cuma mengharapkan di tahun baru 2016 ini, akan menjadi lebih baik dari tahun tahun yang sebelum ini.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit rezeki tiba, begitu juga dengan pengajian aku, yuran pengajian pun telah di lunaskan walaupun terlewat dari tarikh yang di tetapkan, dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, kehidupan menjadi semakin mencabar, teknologi menjadi semakin pesat, updated, dan semakin kompetitif, dan begitu juga lah kita, adakah 'versi kita semakin update'? 

Aku tidak suka kepada kegagalan, dan aku pasti akan usaha dan terus usaha untuk mencapai cita cita aku, ya memang benar, ada pepatah yang mengatakan, untuk berjaya kena menempuh banyak kegagalan terlebih dahulu, dan melalui kegagalan juga akan mematangkan diri kita.

Hentikan dari menunding jari ke arah orang lain, sebaliknya perbetulkan diri sendiri, adalah lebih baik dari mencari buruk orang. SOMETIMES THOSE WHO DON'T SOCIALIZE MUCH AREN'T ACTUALLY ANTI SOCIAL, THEY JUST HAVE NO TOLERANCE FOR DRAMA AND FAKE PEOPLE.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi