Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Wednesday, March 16, 2016

Mungkin Ada Sebab Sebab Yang Tertentu

Bila seseorang mendapat sesuatu pengiktirafan seperti anugerah perkhidmatan cemerlang di tempat kerja pasti akan ada suara suara sumbang yang mengkritik kenapa dia yang perlu dapat? kenapa tidak aku? kenapa tidak si A? Ini Perkara biasa yang akan berlaku, kadang kadang orang yang baru kerja tidak sampai setahun, dah dapat macam macam anugerah, sedangkan ada kakitangan yang bertahun tahun kerja membanting tulang, malangnya tidak dapat sebarang pun anugerah, terjadi di mana mana organisasi. Mungkin ada sebab sebab yang tertentu membuatkan kita tidak layak untuk menerima anugerah.

Kenapa perkara seperti ini terjadi? inilah kelemahan di peringkat kerajaan (maaf cakap), kadang kadang siapa yang terlalu menunjuk bagus, setiasa kemaskini status di media sosial mengenai hal kerja dengan status seperti "masih bertugas", dan hal melibatkan kerja, pandai bercakap walaupun action / Output  kosong, pandai mengambil hati orang atasan maka dialah yang akan mendapat pengiktirafan dan di terjemahan kan melalui markah yang tinggi pada SKT (Sasaran Kerja Tahunan).

Program Bootcamp eUsahawan Negeri Melaka

Bahagian K-Ekonomi dengan kerjasama MDeC akan menganjurkan Program Bootcamp eUsahawan Negeri Melaka, program ini akan di jalankan secara percuma, perkara yang akan di kongsikan di dalam bootcamp ni ialah seperti pemasaran internet merangkumi trend teknologi digital terkini seperti social media marketing, mobile commerce, analysis, epayment, digital advertising dan cyber security.

Program ini akan di hadiri oleh selebriti khas yang mahir di dalam pemasaran online dan strategi perniagaan, mereka yang di maksudkan itu ialah Irfan Khairy, Datuk Alif Syukri, Fizo Omar dan lain lain, marilah mencuba teknik teknik pemasaran yang baru dan berkesan ini, mungkin dengan cara baharu anda mampu menjadi Jutawan Online! siapa tahu! kan? kan? In Sha Allah..Semoga di permudahkan semua urusan kalian semua, dan maju dalam perniagaan.

Latihan Microsoft Office Power Point

Pada 15 Mac 2016, aku terlibat sebagai pengajar dan memberi ilmu kepada kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (Perpustam) mengenai perisian Microsoft Office Powerpoint (Intermediate and Advance). Maklumbalas yang di terima selepas latihan, amat baik, alhamdulillah dan semoga bermanfaat ilmu yang di berikan, ilmu itu wajib di kongsikan bersama, latihan yang di jalankan ini percuma dan sepenuhnya di taja oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka di bawah agensi Bahagian K-Ekonomi.

Antara topik yang di ajar, insert video, insert audio, animasi, slide show, how to create handhouts, slide master, handouts slide master, create table, adding collum and row, dan lain lain lagi.

Program program ICT ini telah bermula pada tahun 2003 sehingga sekarang, dan semuanya percuma, keutamaan hanya kepada penduduk negeri Melaka, antara kursus ICT yang di tawarkan ialah seperti Google Sketchup 3D, Animasi Flash, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Mobile Apps Intel XDK, Pembangunan Blog, Video dan bermacam macam lagi..

Dapat Daftar Modul

Alhamdulillah, semester kali ini dapat mendaftar modul untuk semester depan, semester sebelum ini memang selalu terlepas pandang tarikh nak daftar, apa taknya, semua hebahan secara online, study sambil bekerja ni memang mencabar, yelah kan tiada kelas (separuh masa) dan lepas tu tiada tunjuk ajar, tiada siapa yang bimbing, semuanya serba serbi online! pandai pandai lah nak hidup, kalau nak tahu, kena usaha dan sentiasa bertanya..

Kalau terlepas daftar modul untuk semester depan, akibatnya ialah tidak akan dapat modul subjek dan jika mahu mendapatkan modul juga, korang kena buat surat tunjuk sebab, rayuan dan kena bayar satu modul RM 30! Wah....

Sekarang ini, dah bagus! dah ada reminder melalui SMS, baguslah tu, agaknya dah ramai yang complaint. Pandangan aku la, institusi pembelajaran baik di IPTA dan IPTS sepatutnya kena lah bertimbang rasa dengan pelajar, kalau terlepas pra pendaftaran tu, beri peluang kedua, maksudnya tarikh kedua bagi pendaftaran! bukan senang kerja sambil belajar ini (bagi yang part time), banyak benda nak kena fikir, apa tak nya! assignment, study exam dan di tambah lagi dengan hal pejabat lagi..aduhai, seksa! Tapi sabar lah...orang putih kata No Pain, No Gain..ok !Akhirnya dapat daftar modul..haha

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi