Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Monday, April 04, 2016

Cukuplah Sekadar Apa Yang Ada

Bukankah Tudung itu di pakai untuk menutupi aurat, yang sebenarnya niat memakai tudung sekadar nak menunjuk nunjuk brand apa yang di gunakan ke, atau sekadar syarat untuk lebih cantik ke atau mengikut apa yang Tuhan suruh ? sampaikan berebut rebut bergesel lelaki dan perempuan, kemana nilai nilai agama? Kalau dah sampai berebut rebut macam orang naik hantu, terjerit jerit, sanggup mengetepikan dan 'menindas' orang lain, itu melambangkan ciri ciri orang beragama kah?


Jika ada jualan murah sekalipun, jagalah adab, tidak perlu sampai berebut rebut, banyak lagi jenis tudung yang cantik bila di pakai. Beratur lah dengan sopan. Sabar kan separuh dari iman. Apa boleh terbang ke awan ke kalau pakai tudung tu? Cukuplah sekadar apa yang ada, jangan mengharap pujian orang, menunjuk nunjuk, sampaikan 'lupa' apa tujuan sebenarnya memakai tudung.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi