Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Tuesday, April 12, 2016

Tidak Semua Orang Faham

Nak jadi ketua bukannnya mudah, kena faham semua hal berkaitan dengan kerja sekurang kurangnya kena ambil tahu, di pendekkan cerita kena ada asas ilmu bidang yang berkaitan, supaya tidak mudah di'tertawakan' orang sekeliling dan kakitangan sendiri.
Bila tidak faham proses, itu yang kelaut bila bercakap, bercakap pun tanpa fakta yang sahih dan dari sumber mana, orang akan menilai kita dari pelbagai sudut antaranya seperti cara kita berkomunikasi dan gaya &  pandangan kita bila bercakap dengan orang.
Sesetengah orang kerajaan, tiada fakta yang berasas bila bercakap, dan bila mengeluarkan laporan berupa angka (figure), tidak tepat dan menipu, walhal telah di manupulasi secara terperinci. Betul ke tak apa yang aku cakap ni? Tidak pada semua agensi tapi segelintir, dan yang pasti ada! 

Sebagai contoh, di dalam bidang ICT, jika ketua yang bagus, bahasa yang di sampaikan di permudahkan agar semua orang yang mendengar dapat memahami, tidak semua orang faham bahasa bahasa teknikal, sebagai contoh ;

Maksud Sebenar Crocodile Tears

Terkejut wujudnya ayat 'crocodile tear' dalam kamus dwibahasa oxford, maksudnya seseorang yang berpura pura menangis untuk meraih simpati orang lain, Wah terbaik! Memang sarkastik sungguh, hehe.

"Here's Why They Say Macao’s Portuguese Egg Tarts Totally Deserve An Award"

Teringat kisah sang buaya yang di timpa balak, lalu meminta pertolongan kerbau, sang buaya merayu rayu sambil menangis meminta kerbau membantu melepaskan dia, dan berjanji tidak akan mengapa apa kan si kerbau! Si kerbau terpedaya dan akhirnya membantu, setelah sang buaya di beri pertolongan, di gigitnya pula sang kerbau..dan akhirnya nasib baik muncul si kancil meleraikan pergelutan.

Begitulah maksud sebenar ayat crocodile tears, di zaman sekarang ini, ramai yang berpura pura untuk meraih simpati walhal mengambil kesempatan, sudah di beri betis nak paha pula! Manusia jenis apa ini? Ada pula yang menggunakan proksi (orang tengah) untuk mengambil kesempatan yang tidak baik.

Hadiah Hari Jadi

Terima kasih kepada Hard Rock Cafe Melaka kerana memilih aku sebagai pemenang harian RockBox mereka, hadiah yang di perolehi sangatlah awesome dan terbaik! iaitu T Shirt limited hard rock, memang mahal gila baju ni kalau beli di Hard Rock Shop, Alhamdulillah aku dapat juga secara percuma! Rezeki hari jadi, memang aku tak sangka dan speechless.

Mulanya, aku nak request lagu je, tapi tak sedar pula rupa rupanya ada kawan tulis senyap senyap dekat borang isi lagu tu, special request, birthday boy song to Mr Safirul! Waaa..hahaha, dan akhirnya aku di pilih sebagai pemenang pada malam tu, terasa diri ini dihargai lak! Inilah Hadiah Hari Jadi  yang terbaik! dan bermakna. hehe

Have you seen what this school plans to do for 64 special-needs students? Simply brilliant!


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi