Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri kerja singapura Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak SC_Promo nak kurus?

Wednesday, May 25, 2016

Hilang Ingatan Sekejap

Alhamdulillah, berkat update blog setiap hari, banyak iklan CPUV Campaigns yang melekat, kali ini iklan dove, watson, mc donalds, dan wolkswagen. Semoga melekat lama sikit. hehe, sekarang ini, nak di katakan update blog kerap sangat tu takdelah, sebab busy dengan kerja di pejabat.

Kalau buat entri pun merepek repek je, cukuplah sekadar perkongsian maklumat dan diari kehidupan aku, segala maklumat, perjalanan, mungkin kisah aku tidak sempat untuk di buku kan, tapi aku menulis hal peribadi, kisah dan hal aku di dalam blog ini, untuk sebagai rujukan aku mungkin hari ini, esok, lusa dan selama lamanya.

hilang ingatan

Tuesday, May 24, 2016

Harap Harap Lulus

Risau dengan keputusan peperiksaan semester lepas subjek Matematik tambahan, memang susah betul, aku memang lemah matematik ni, dapat markah pun cukup cukup makan je, takpelah yang penting lulus, harap harap tuah memihak kepada aku. Letih lah nak menghadap matematik lagi, dah tak larat, macam nak meletup otak.

Petua orang pandai matematik ni, kalau tak dapat jawab soalan peperiksaan, tulis formula je, dah dapat markah dekat situ. Masalahnya masa peperiksaan matematik, formula pun lupa! tapi takpelah harap harap lulus. Amin

Monday, May 23, 2016

Tidak Perlu Ikut Rentak Mereka

Sikap politik kotor pembawakan ahli politik bermasalah terbawa bawa di dialam organisasi baik di dalam sektor kerajaan dan sektor swasta menyebabkan sesuatu organisasi itu bermasalah dan terus bermasalah dan output yang terhasil akan menjadi kelam kabut dan menjadikan kakitangan yang kompeten dan bagus tenggelam hanyut di bawa arus kerosakan.

Budaya hasut menghasut, busuk membusukan, iri hati, gosip sana sini, kompetisi siapa lebih bagus, berat sebelah menjadi keutamaaan dan menjadi barah, itu yang wujudnya surat surat layang, berpuak puak dan sebagainya. 

Nasihat aku kepada mangsa mangsa keadaan di organisasi yang bermasalah, jangan peduli dan buatlah kerja seperti biasa, kalau kita mengikut rentak mereka, maka kita akan jadi sasau seperti mereka, stay cool and relax. Tidak perlu ikut rentak mereka.

Apa nak risau jika kita percaya kepada Tuhan, wang gaji yang di perolehi oleh si perosak perosak ini akan musnah di mamah sedikit demi sedikit kerana tidak berkat. Gaji yang dapat setiap bulan tu, suruh buat kerja hakiki, bukannya suruh buat kerja untuk jadi iri hati, dengki mendengki, bawa budaya politik kotor di organisasi dan lain lain.

Juara Milik Kami

Alhamdulillah, akhirnya kami muncul juara pertandingan futsal anjuran MICTH iaitu sebuah syarikat swasta di Melaka. Memang aku tak sangka melepasi sasaran aku sebenarnya.

Perlawanan demi perlawanan kami harungi, akhirnya juara milik kami dan kemenangan ini sungguh bermakna buat aku sebagai pengurus pasukan dimana secara tidak langsung menutup mulut mulut longkang yang mempertikaikan kebolehan pasukan aku. haha.

Walaupun hadiah tak seberapa dan tidak lumayan (1 hamper, medal dan piala), itu tidak menjadi masalah, yang penting, pasukan aku mencipta nama sebagai Champion. Pasukan yang bertanding rata ratanya hebat hebat belaka dan ada pengalaman bermain, antara nya ialah SAMB ( syarikat air melaka berhad), Putra Hospital FC, Bertam Hulu FC...itu yang menjadikan aku gembira sangat menjadi Champion!

Thursday, May 19, 2016

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Pada 21 Mei 2016, aku menyertai pertandingan futsal anjuran sebuah anak syarikat kerajaan negeri melaka yang bertempat di kompleks sukan batu berendam, penyertaan aku bukan sebagai pemain, tapi sebagai PENGURUS PASUKAN.

Erm..semenjak usia mencecah 30 an ni, dah tak larat bersukan, hehe. Tapi masalahnya disini, bila dah nak dekat game time tuh la sorang sorang player buat hal, nak hantar mak pergi kerja kahwin la, nenek sakit lah, kakak khawin la, adoi pening betul aku macamni, ini lah situasi yang patut di lalui sebagai pengurus, memang memeningkan kepala, tapi takpe, setiap yang pergi pasti ada penganti! hehe, bak pepatah PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI. 

Baru jadi pengurus pasukan futsal dah kelam kabut, belum jadi pengurus pasukan kebangsaan lagi! haha, apa apa pun, kepada rakan rakan semua, doa kan pasukan aku kalau boleh, sampai ke Final! hehe

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada

Bersyukurlah dengan apa yang ada, masih ada yang kekurangan dan alami keperitan hidup, apalah sangat kesusahan yang di tanggung kalau nak dibandingkan orang yang lebih susah. Ada jenis manusia yang selalu mengeluh dan menganggap dirinya begitu susah, sedangkan semuanya terhidang di depan mata, apa lagi yang di inginkan? 

Jika tidak mampu untuk memiliki, ubah gaya hidup dan dahulukan keperluan bukannya kehendak. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Janganlah pula hanya pandai menilai dan berburuk sangka apa yang orang lain ada, ubah mentaliti kepada positif dan percaya suatu hari nanti kita akan dapat apa yang di hajati ?

Segala aturan hidup telah di tetapkan Tuhan, cuma cepat atau lambat sahaja, dan kita sebagai umatnya kenalah usaha dan selebihnya tawakal dan berdoa. Insyallah, kalau niat kita baik, akan perolehi kebaikan.

Wednesday, May 18, 2016

Jadilah Diri Sendiri

Sudah cukup lah masa untuk menjaga hati orang, lakukan apa yang di rasakan kita puas dan senang hati. Bila terlalu menjaga hati orang, orang bukannya hargai, malah kita pula di cemuh, kita punya lah fikir kesan nya, dan apakah akan terjadi..ah..pedulikan kata mereka, yang penting kita buat apa yang kita suka! dan yang paling penting JADILAH DIRI SENDIRI, kenapa kita perlu menjadi seperti yang lain?

Bila sebut soal menjaga hati ni, bukan pasal apa pun, ceritanya pasal macam mana nak left group whats app!! haha..banyak betul group orang invited, tapi diam seribu bahasa, apa faedahnya dan tujuannya? bila ada orang yang left, ramai pula yang mencemuh, mencaci, menyindir, buruk sangka, tertanya-tanya..ermm..sampaikan ada rakan rakan yang personal mesej, boleh tak keluar group?

Ah...kenapa perlu fikirkan hati orang? kalau merasakan tiada keperluan untuk wujud dalam group whats app tu, atau tidak selesa..keluar (left) dan jalani kehidupan seperti biasa. Haha..kalau di fikirkan nak menjaga hati orang, sampai tua pun tak habis kisahnya! 


Tuesday, May 17, 2016

Kenangan Terindah

Selamat hari guru kepada guru guru yang pernah mengajar aku dari sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah di tahap sekarang, anda juga semua guru di mana mana setiap kata kata bimbingan, pedoman akan di ikut hingga akhir hayat.

Dan yang paling utama, ialah guru yang sebenar bagi aku ialah ibu bapa aku sendiri, di mana banyak kata kata pengajaran dari mereka, dan aku juga guru kepada anak anak aku, Ajar lah anak anak anda perkara perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka bila mereka sudah besar nanti.

Dan seingat aku lah, masa zaman aku bersekolah di peringat rendah dan menengah, hampir semua guru berfungsi seperti guru disiplin, semua guru merotan, dan boleh di katakan 'cruel', dan pada masa itu aku tahu aku salah, dan biarkan, dan akhirnya aku menjadi manusia. Tanpa mereka, aku tak seperti sekarang, dan kenangan tetap kenangan, tetap terpahat di dalam hati, kelakar bila mengenangkan zaman muda mudi. Itu lah kenangan terindah aku.

Di zaman sekarang, polisi mengajar telah di ubah, dan guru guru terpaksa mengikut prosedur yang di tetapkan oleh pihak kerajaan, anak anak sekarang ni, dah tak merasa pukul tampar, belasah, maki hamun, guru dahulu dengan guru sekarang sungguh berbeza, namun begitu, guru adalah pekerjaan paling bagus dan penat lelah terbalas apabila murid yang di ajar itu berjaya dan berterima kasih. Itu yang paling penting sebenarnya.

Monday, May 16, 2016

Terfikir Sejenak Dan Ada Betulnya

Terfikir sejenak dan ada betulnya bila dengar satu tazkirah dari seorang ustaz yang berbunyi, macam mana Tuhan nak makbulkan doa kita bila kita tidak ada masa dengan DIA, ada orang yang sembahyang 5 waktu, dan berapa masa ketika solat yang di ambil ? katakanlah paling cepat setiap solat 5 minit , di darabkan dengan 5 waktu, maknanya setiap hari tidak sampai setengah jam kita berhubung dengan nya.

Ustaz tu kata lagi, setiap hari kita ada 24 jam, dan Tuhan dah susun cantik dah waktu, di mana 8 Jam bekerja, 8 Jam bersama keluarga dan tidur, 8 jam kita menghadapNya. Subhanallah.

Itu bagi kepada yang solat cukup 5 waktu, aku ni ? solat pun kadang kadang tinggal dan langsung tiada, bagaimana doa mahu di terima Nya? Termenenung sekejap, betul juga kata ustaz tu. 

Dan aku tanya dia lagi, bagaimana nak cukup kan masa supaya seimbang? Ustaz tu kata selepas sembahyang, berzikir dan berdoa, sembahyang sunat dan lain lain lagi, bila waktu lapang awal lewat pagi, bangun pagi sembahyang sunat dan baca al quran.

Huh...dia cakap aku kerja sebagai apa sampai tiada masa ? dan katanya lagi berdoalah kepada Tuhan agar di temukan kerja yang sesuai dengan diri ini, dan permudahkan lah segala urusan, begitulah katanya. Terfikir Sejenak dan ada betulnya, marilah kita berubah ke arah yang lebih baik. Semoga di permudahkan. Amin

Terlelap Kepenatan

Aku gembira melihat anak anak seronok bermain di playground, walaupun tidak selalu bersama dengan mereka di sebabkan sibuk dan walaupun sekejap sahaja, itupun dah memadai dan bermakna bagi aku,takpe next time kita bermain lagi ye anak anak aku. Nanti Daddy bawa tempat lagi best.

anak anak aku

Yang penting anak anak gembira,  macam macam ragam dan keletah anak anak ini. Boleh buat ketawa di buatnya,  Seronok nya mereka bermain, dan bila masa nak pulang ke rumah, sampai terlelap kepenatan. Main masak masak, mewarna, baling bola dan macam macam lagi. Barang barang sekolah nanti daddy belikan ye.


Cara Mudah Menjimatkan Bateri

Kebanyakkan dari kita ramai yang menggunakan aplikasi whats app sebagai medium untuk melakukan komunikasi samaada di rumah, pejabat, tujuan rasmi, group bersama rakan rakan dan sebagainya.

Dan sudah tentu akan membuatkan bateri smartphone masing masing kehilangan tenaga bateri dan perlu di cas semula untuk meneruskan aktiviti komunikasi. Tahukah anda, cara cara mudah menjimatkan bateri apabila menggunakan aplikasi whats app? Whats app telah memperkenalkan whats app web dan boleh di capai di : https://web.whatsapp.com

Dengan ada nya whats app web ini, akan menjimatkan bateri smartphone anda.
Cara cara untuk membuka whats app web ini ialah ;

Baju Muslimah

1) Buka laman web whats app web https://web.whatsapp.com/
2) Kemudian buka whats app anda di smartphone masing masing samaada menggunakan android atau IOS, dan pergi ke bahagian MENU dan seterusnya cari Whats App Web.
3) Imbas Kod QR di web dengan menggunakan smartphone anda.

4) Selepas itu anda akan di bawa terus ke whats app dalam bentuk web dengan pantas.


Sunday, May 15, 2016

Berhati Hati Mengeluarkan Kenyataan

Berhati hati bila bercakap, meluahkan sesuatu perkara dengan orang, bila kita bercakap walaupun tidak secara serius,  bagi aku boleh  di anggap 'sedang berjanji' , dan sebaliknya jika tidak dapat di tunaikan, kelak akan mengkeruhkan keadaan.

Walaumacamana  rupa luaran seseorang itu, percayalah, dia tetap seorang manusia, yang mana tidak lari daripada mempunyai sifat tamak, cemburu, iri hati, angkuh tidak ikhlas dan sebagainya. Ada orang yang mengambil kesempatan kerana 'terlihat' sesuatu yang dirasakan mewah, padahal bukan milik orang itu.

Jadikan pengajaran dan sentiasalah berhati hati dalam mengeluarkan kenyataan, takut takut memberi ruang kepada orang yang berniat tidak baik kepada kita, rambut sama hitam, hati lain lain, lain padang lain lah belalangnya. Tidak semua orang yang berlaku jujur dengan kita. 

Berhati hati mengeluarkan kenyataan, takut ada yang 'tersinggung' dan ambil kesempatan atas kesempitan hidup orang lain.

Saturday, May 14, 2016

Belajarlah Demi Masa Depan

Sekejap je dah semester 8, lagi berberapa semester sebelum grade, semoga di permudahkan segala urusan, memang pening memikirkan duit nak bayar setiap semester, itu tidak termasuk dengan bayaran denda lewat register course dan repeat paper.

Kepada korang yang berhasrat taknak sambung belajar lepas habis SPM, belajarlah, kerana hidup ini semakin mencabar, apa yang penting, naik taraf dahulu diri sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain.

Masa berlalu hari demi hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, alangkah sayangnya jika kita masih bersikap sambil lewa dan seperti melepaskan batuk di tangga, bukan menunjuk yang diri aku bagus, cuma sekadar nasihat. Kalau aku pandai, aku tak sambung belajar.

Thursday, May 12, 2016

Renungan Bersama

Kata kata pepatah dan kata kata yang menarik bagi aku, tak tahulah korang macam mana kan. Saje nak kongsikan untuk tatapan dan renungan bersama, hehe

1) When You Love A Person, All Fear Disappears, And When You Are Afraid All Love Disappears.
2) Some Days I Cant Thinking About You, And Other Day, I Wonder Why I'm Wasting My Time.
3) The Signs of hypocrite are three : When he speaks he lies, When he makes a promise he breaks it, and when he is trusted he betrays (the trust).
4) If You Want A Positive Life, Spend Time With Positive People.
5) I dont have type of rich, my rich is life forever.
6) When your kids are born, reserve them an email address, Over the years send them photos, notes, kidisms, stories, photocopies of their achivement etc. On the 17th-18th birthday, GIVE THEM THE PASSWORD.
7) Everybody is a genius, But if you judge a fish by it's ability to climb a tree it will live it's whole life believing that it is stupid.
8) Judge me when you're perfect. Shut up when you're not.
9) Not Everyone will understand your journey, That's okay, You're here to live you life, not to make everyone understand.
10) Definition of STUPID, knowing the TRUTH, Seeing the TRUTH, but still believing the LIES.

Berubah Sebelum Parah

Aku suka menulis dan menulis memberikan ketenangan kepada aku yang sebenarnya, cuma yang menjadi halangan adalah masa, bertapa pentingnya masa bagi aku, dan lakukan lah sesuatu perkara itu seperti esok kita sudah tiada lagi. 

Tapi perkara yang ingin aku tekankan di sini, bila terdapat unsur unsur politik yang begitu teruk telah meresap di dalam pekerjaan harian, di dalam keluarga dan di mana mana sahaja, kenapa aku cakap begini? maksudnya ialah, kenapa perlu berlakon atau berpura pura untuk mendapatkan apa yang di idamkan, berpura pura di dalam berkawan, mencipta musuh, mewujudkan suatu kumpulan yang bertujuan memburuk burukkan seseorang, dan perkara ini semua, di kesudahannya, akan menyebabkan sesuatu organisasi itu runtuh dalam senyap.

Wednesday, May 11, 2016

Siapakah John Yang Sebenarnya

Kadang kadang bila mendengar radio di dalam kenderaan semasa menuju ke tempat kerja seronok juga, dan kadang kadang boleh jadi meluat pun ada sebab deejay radio yang syok sendiri, tapi apa boleh buat, kalau tak suka dengar, tutup sahaja atau tukar siaran.

Ada pula slot segmen teka teki, soalan teka teki tu berbunyi lebih kurang macamni, di depan john ada 2 benda iaitu wang tunai bernilai RM 10,000 dan Seekor ikan, tapi john memilih untuk mengambil ikan, kenapa John memilih ikan?

Nak tahu apa jawapan nya? Siapakah John Yang Sebenarnya? Puas aku mencari idea untuk menjawab, rupa rupa jawapannya kenapa john memilih ikan, ialah kerana john seekor kucing. Ermm..Jilake!

Tuesday, May 10, 2016

Orang Sekeliling Tak Faham Situasi

Mulakan pagi anda dengan perasaan yang ceria, riang ria dan jangan biarkan awal pagi anda di nodai dengan kemurungan hanya disebabkan perkara perkara yang boleh menyebabkan mood anda rosak di pagi hari, kerana ia akan merosakkan keseluruhan hari anda.

Rosak mood pagi pagi ni, bila trafik sesak teruk, kena bebel melampau di pagi hari, bunyi kenderaan kereta tempatan yang telah di ubah suai ,berlagak macam ala ala ferari,  dan yang paling utama, suara suara nyaring (bebelan) di pagi hari. 

Secara tidak langsung, akan membuatkan suasana hubungan di pejabat menjadi bercelaru, kusut dan segala galanya menjadi rosak. Tiada senyuman sepanjang hari, rasa macam nak makan durian pula di pejabat pagi pagi macam ni, biar semua orang mood rosak macam aku, kalau mood diorang rosak, dah tentulah mereka tak akan ajak bersembang, brainstorming tiba tiba dan tak terkinja kinja macam beruk, diam je seribu bahasa..kan?


Monday, May 09, 2016

Janam Janam

Langsung takde apa apa perasaan pun tengok filem ada apa dengan cinta 2, jalan cerita macam cerita hindustan, akhirnya bertemu jua cinta sejati di penghunjung cerita nya. Seperti yang semua orang tahu,  Indonesia memang banyak tempat menarik untuk di lawati, dan kemungkinan filem ini salah satu tujuannya ialah mempromosikan produk pelancongan indonesia dan sempena tahun melawat indonesia 2016. Hai...teringin nak ke indonesia, tapi apakan daya..belum berkemampuan,

Mungkin filem ini kesinambungan dari cerita ada apa dengan cinta 1, kan? apa apa pun, memang janam janam betul lah, hehe.  

Sudah Bersediakah Kita

Tidak lama lagi akan tiba bulan Ramadhan, harap harap aku sempat menyambut bulan ramadhan kali ini, insyaallah dan di permudahkan oleh Nya agar dapatlah aku berpuasa penuh. Bulan sebelum puasa ni banyak cabaran dan dugaan menimpa, apa apa pun, setiap dugaan dan permasalahan ada penyelesaiannya.

Dah nama pun manusia kan? cabaran dan dugaan hidup dalam kehidupan seharian sentiasa tiba walaupun tidak diundang. Apa apa pun sudah bersediakah kita menyambut ketibaan bulan yang mulia tidak lama lagi?  

Semoga urusan seharian kita di permudahkan. Amin
Duit Dari Internet