Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Thursday, May 19, 2016

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Pada 21 Mei 2016, aku menyertai pertandingan futsal anjuran sebuah anak syarikat kerajaan negeri melaka yang bertempat di kompleks sukan batu berendam, penyertaan aku bukan sebagai pemain, tapi sebagai PENGURUS PASUKAN.

Erm..semenjak usia mencecah 30 an ni, dah tak larat bersukan, hehe. Tapi masalahnya disini, bila dah nak dekat game time tuh la sorang sorang player buat hal, nak hantar mak pergi kerja kahwin la, nenek sakit lah, kakak khawin la, adoi pening betul aku macamni, ini lah situasi yang patut di lalui sebagai pengurus, memang memeningkan kepala, tapi takpe, setiap yang pergi pasti ada penganti! hehe, bak pepatah PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI. 

Baru jadi pengurus pasukan futsal dah kelam kabut, belum jadi pengurus pasukan kebangsaan lagi! haha, apa apa pun, kepada rakan rakan semua, doa kan pasukan aku kalau boleh, sampai ke Final! hehe

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada

Bersyukurlah dengan apa yang ada, masih ada yang kekurangan dan alami keperitan hidup, apalah sangat kesusahan yang di tanggung kalau nak dibandingkan orang yang lebih susah. Ada jenis manusia yang selalu mengeluh dan menganggap dirinya begitu susah, sedangkan semuanya terhidang di depan mata, apa lagi yang di inginkan? 

Jika tidak mampu untuk memiliki, ubah gaya hidup dan dahulukan keperluan bukannya kehendak. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Janganlah pula hanya pandai menilai dan berburuk sangka apa yang orang lain ada, ubah mentaliti kepada positif dan percaya suatu hari nanti kita akan dapat apa yang di hajati ?

Segala aturan hidup telah di tetapkan Tuhan, cuma cepat atau lambat sahaja, dan kita sebagai umatnya kenalah usaha dan selebihnya tawakal dan berdoa. Insyallah, kalau niat kita baik, akan perolehi kebaikan.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi