Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, June 26, 2016

Membeli Belah

Orang sibuk nak membuat persiapan hari raya dan membeli belah, aku pula..hurmm sibuk menyiapkan assignment yang tak berapa nak siap, alahai..suka ke tak suka ke..kena hadap juga.

Bila sebut tentang persiapan raya..hurm, apa persiapan korang semua? dah membeli belah ke? orang kata kalau nak dapat sale gila gila, kena pergi shopping last minute eh..yelah masa tu lah jualan penghabisan stok, beli 1 free 1 la, itu la ini la..emm tapi mesti sesak kan masa tu..

Apa apa pun, aku mengucapkan selamat hari raya kepada rakan rakan semua terutamanya pembaca blog aku dan rakan rakan blog semua. Maaf zahir dan batin..

Tuesday, June 14, 2016

Saling Bantu Membantu

Bila tiba bulan puasa, semua kaum bersatu dan tiada lagi masalah perkauman yang ketara, melayu memerlukan kaum india dan kaum cina seaadanya. Mereka saling bantu membantu menyelesaikan masalah masing masing, ibarat seperti adik beradik kandung yang berjauhan dari ibu bapanya. Sungguh terharu dan tersentuh.

Ini lah semangat yang kita mahukan di negara kita, tiada prejudis, tiada rasis, tiada double standard and helping each others, tapi sayang, bantu membantu membeli makanan di bulan ramadan

Apa apa pun hidup berbagai bangsa dan kaum di negara kita, kena saling menghormati antara satu sama lain, perkara yang tidak baik dan di tegah setiap agama, eloklah di tegur, baik cina, india dan melayu.

Sunday, June 12, 2016

Harap Maaf Sedang Bercuti

Masalah bila berkomunikasi dengan agensi kerajaan atau agensi swasta, terpaksa menunggu lama, kena tekan 1, lepas tu 0, dan akhirnya talian terputus.

Baru baru ini, aku ada buat panggilan ke sebuah agensi kerajaan, orang pertama yang jawab panggilan bertanya soalan kepada aku.

Ya encik boleh saya bantu? Aku pun terangkan beratus patah perkataan, lepas tu dia jawab..."ok saya sambungkan ke pegawai yang berkaitan" dan begitulah sehinggalah ke orang yang ke seterusnya, dan bila orang ke tujuh mengambil panggilan, aku pun ulang beratus ratus patah perkataan macam aku cakap dengan orang yang pertama dan ke enam tadi, dan akhirnya dia menjawab...pegawai yang berkaitan tugas dengan masalah aku ini..harap maaf sedang bercuti.

Hotel Bas Dataran Klebang

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk bercuti dan bersiar siar di negeri melaka dan dalam masa yang sama perlu bermalam 1 atau 2 hari, di Melaka banyak hotel bajet dan selesa, dan jangan risau, bagi mereka yang bercitarasa pelik dan ingin kan suasana bermalam di pantai, boleh cuba HOTEL BAS.

Hotel Bas ni terletak di dataran klebang, dulu masa aku kecik kecik bas yang dah jadi hotel ni lah yang aku naik ke hulu hilir setiap hujung minggu. Suatu inisiatif yang bagus oleh kerajaan negeri dalam mempelbagaikan promosi pelancongan di melaka.


Friday, June 10, 2016

Nasi Kerabu Daging

Sedap juga makan nasi kerabu daging, aku beli di bazar ramadan, takde lauk nak makan dan takde pilihan, kalau dah tekak orang melaka, mesti nak kena asam pedas. Nak ke taknak ke kena cari lauk juga untuk berbuka nanti, pusing punya pusing, ini lah lauk yang macam macam ada di dalamnya, ada cili, ada daging, ada sambal cili, ada telur..ermm boleh lah, rasa manis manis eh..

Aku terasa macam sedap dan mengiurkan sebab ramai orang beratur nak beli dan ada banyak daging. Bolehlah daripada takde langsung nak makan, lepas makan nasi kerabu sakit perut, mungkin perut ni tak kena dengan nasi kerabu, apa apa pun memang terbaik makanan orang utara ni sebenarnya. Yang aku tahu makanan orang utara ni dan terbaik ialah keropok lekor je..hehe

Ermm lepas ni ada satu lagi nak cuba...nasi dagang! entah macam mana lah rasanya kan..sedap ke?

Friday, June 03, 2016

Daun Pokok Jambu Pun Nampak Sedap

Selamat berpuasa kepada semua rakan rakan bloggers dan pembaca pembaca blog aku, sekejap je kan masa berlalu, berlalu dengan pantas dan dalam masa yang sama kita masih dapat merasai ramadan pada tahun ini, syukur alhamdulillah kepada MU ya Allah.

Berjimat cermat dan jangan lah membazir, maklumlah setelah penat menahan lapar seharian di siang hari, daun pokok jambu pun nampak sedap dan menarik kan? Bila lapar, dan ke bazar ramadhan..macam macam beli, akhirnya, membazir dan buang begitu sahaja.

Hadapilah bulan puasa tanpa pancaroba dan jangan lupa berterawih. Harap harap penyakit gastrik tak menyerang pada ramadan kali ini..huhu 

Thursday, June 02, 2016

Berebut Rebut Mencari Dosa

Sila pastikan kesahihan sesuatu cerita sebelum menyebarkan (viral), ada yang berebut rebut mencari pahala dan lebih ramai yang berebut rebut mencari dosa, setiap hari berapa banyak dosa kita perolehi akibat dari penyalahgunaan media sosial?

Jika 1000 orang like atau komen artikel yang tidak benar, berapa banyak dosa yang di perolehi secara percuma. Jika tidak pasti, cuba cari fakta yang sebenar, janganlah membuta tuli seperti mencurah minyak kedalam api.

Sebagai contoh di Melaka, isu anak anak yatim yang berniaga air di kaki lima kawasan pentadbiran kerajaan negeri di MITC, pada hakikatnya lokasi berniaga tersebut memang tidak sesuai untuk berniaga, dahla berniaga tanpa lesen, dan tindakan dari pihak perbandaran, adalah berbincang cara baik dengan peniaga terbabit dan membantu mereka mendapatkan gerai majlis yang selesa dan setempat.

Duit Dari Internet