Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Sunday, June 12, 2016

Harap Maaf Sedang Bercuti

Masalah bila berkomunikasi dengan agensi kerajaan atau agensi swasta, terpaksa menunggu lama, kena tekan 1, lepas tu 0, dan akhirnya talian terputus.

Baru baru ini, aku ada buat panggilan ke sebuah agensi kerajaan, orang pertama yang jawab panggilan bertanya soalan kepada aku.

Ya encik boleh saya bantu? Aku pun terangkan beratus patah perkataan, lepas tu dia jawab..."ok saya sambungkan ke pegawai yang berkaitan" dan begitulah sehinggalah ke orang yang ke seterusnya, dan bila orang ke tujuh mengambil panggilan, aku pun ulang beratus ratus patah perkataan macam aku cakap dengan orang yang pertama dan ke enam tadi, dan akhirnya dia menjawab...pegawai yang berkaitan tugas dengan masalah aku ini..harap maaf sedang bercuti.

Hotel Bas Dataran Klebang

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk bercuti dan bersiar siar di negeri melaka dan dalam masa yang sama perlu bermalam 1 atau 2 hari, di Melaka banyak hotel bajet dan selesa, dan jangan risau, bagi mereka yang bercitarasa pelik dan ingin kan suasana bermalam di pantai, boleh cuba HOTEL BAS.

Hotel Bas ni terletak di dataran klebang, dulu masa aku kecik kecik bas yang dah jadi hotel ni lah yang aku naik ke hulu hilir setiap hujung minggu. Suatu inisiatif yang bagus oleh kerajaan negeri dalam mempelbagaikan promosi pelancongan di melaka.


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi