Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE Biznes Bakeri SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, August 29, 2016

Perlindungan Data Peribadi

Isu isu seperti gangguan dari orang yang tidak di kenali, data dan maklumat peribadi kita di gunakan oleh orang orang yang tidak bertanggungjawab, dan banyak lagi jenayah jenayah terutamanya jenayah siber berleluasa dan terlalu banyak ketika ini. Maklumlah di zaman ICT segala galanya tidak mustahil dan terlalu terbuka dan terdedah.

Bagus juga bila menyertai seminar perlindungan data peribadi ini, dan sebenarnya lebih kurang je punca kejadiannya, lebih kurang seperti isu cyber security. Puncanya banyak melalui media sosial seperti Facebook. Ada oranng yang semua perbuatannya nak di beritahu di facebook, check in di situ la, di sinilah, dan tahukah sebenarnya yang perkara perkara ini boleh mengundang kepada jenayah?

Semuanya bermula dari kita sendiri, yang mana sikap kita sendiri yang terlalu nak menunjukkan kebahagiaan, kesedihan dan kalau boleh semua hal hendak beritahu semua orang di seluruh dunia. Dan dengan wujudnya akta perlindungan data peribadi, anda boleh menggunakan hak anda.

Pihak agensi perlindungan data peribadi akan menyediakan khidmat konsultansi dan memberi pendapat mengikut kategori kes aduan anda. Anda boleh melayari laman web rasmi ini http://www.pdp.gov.my. Pihak yang berwajib dan berkaitan akan mengambil kira aduan anda. 

Wednesday, August 24, 2016

Tidak Banyak Rujukan Di Dalam Setiap Tugasan

Tutorial kali ini, berkenaan dengan perisian (software) yang sangat hebat bagi pelajar IPTA/IPTS yangmana sedang menyambung master, PHD ataupun degree. Berguna dan sangat berguna untuk setiap tugasan (assignment) setiap semester anda dan membantu menaikkan markah tugasan dan lebih berilmiah. Apakah perisian yang di maksudkan itu? 

Tidak ramai pelajar pelajar yang tahu perisian ini, nama perisian ini adalah MENDELEY. Secara ringkasnya mengenai perisian ini, memudahkan kita dalam menyediakan references (rujukan) dan memasukkan bahan bahan seperti jurnal, artikel blog dan sebagainya ke dalam perisian ini.

Thursday, August 18, 2016

Petua Untuk Memastikan Tepung Melekat

Petua untuk memastikan tepung melekat semasa menggoreng makanan contoh nya seperti sotong atau cendawan, sebelum celur sotong atau cendawan pada tepung, celurkan pada telur dahulu, kemudian tepung.

Oh baru tahu....orang lelaki ni kalau dah tahu memasak, memang dah tak ingat benda lain dah...memang melekat je kat dapur haha..seronok memasak, yang penting bahan cukup..cakap apa sahaja...kalau tak tahu boleh google resepi, hehe.

Ada petua lain untuk pastikan tepung melekat bila menggoreng? saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

#jangankecamsaya

Thursday, August 11, 2016

Bermain Di Fikiran

Lama dah aku tak update blog, ini pun tiba tiba terbuka blog dan terasa macam nak update pulak! hehe, itupun bila aku google sebab nak cari sesuatu, terjumpa pulak blog sendiri, barulah bermain di fikiran aku..haha...kalau tak! memang langsung tak jenguk lah apatah lagi nak post entri yang terbaru! 

Itulah pentingnya SEO (Search Engine Optimization), walaupun aku tak post entri terbaru, blog aku sentiasa dikunjungi dan trafik yang mengakses konsisten..alhamdulillah. Harap maaf kepada semua pembaca blog aku, sejak kebelakangan ini, banyak hal nak kena urus...hal kerja, study, exam, company dan macam macam lagi! kusut dan terbarai!